Tuesday, January 24, 2012

kau sahabatku, kau teman sejati.


assalamualaikum.

7 days left. gila. aku tak percaya. masa berlalu begitu pantas. tak, that statement is made bukan sebab tak sabar nak keluar rumah. tak, tak dan tak. that statement is made sebab aku macam tak percaya. cepat sangat benda ni berlaku.

ibu cakap, jangan lupa kawan-kawan dan cikgu-cikgu dekat Sungai Ara. huish, never. most of em adalah kawan sejak sekolah rendah. mustahil aku lupakan diaorang macam tu ja. gaduh takyah kata la berapa banyak kali. salah faham. sakit hati. terasa. geram. semua ada. dan depa pun dah masak sangat dah dengan perangai aku.

that's what i love about them. thank you people~ sejak tahun lepas, masa kelas BM; kelas Cikgu Aziddin. hah, masa tu tengah buat past year paper. tengah bincang kertas satu paper tahun bila entah. lepas tu ada gambar penyu. cikgu pun hurai pasal penyu. lepastu cikgu umpamakan kami seperti penyu yang nak ke laut. penyu = kami. laut = 8A.



jadi cikgu pun cakap, ada yang akan berjaya, dan ada yang akan mati separuh jalan. ada yang akan sampai ke tengah laut, ada yang tak mampu nak berenang. dan ada juga yang berenang jauh tanpa penyu-penyu yang lain.

diumpamakan seperti kami yang separuh jalan tension tak boleh go on. kami yang dah berjaya tapi SPM hancur. kami yang dah berjaya semasa PMR dan terus berjaya semasa SPM. dan kami yang berjaya semasa PMR dan terus mengorak langkah menuju kejayaan biarpun tanpa kawan-kawan disisi.

sejak tu kami pegang kata-kata cikgu biarpun cikgu sebut tu hanya gurauan semata-mata. tapi.. kami nampak benda tu sebagai satu motivasi yang sangat membina. masa tu dalam 2 minggu sebelum PMR. masa jadual anjal. ahh, rindu masa tu.

sejak tu jugak, kami gelarkan diri kami sebagai Penyu. bangga tau ok. ingat Penyu, ingat 3A 2011. ingat Penyu, ingat kawan-kawan. ahh sedihnya! tapi sejak minggu kedua dan ketiga persekolahan 2012, ada penyu-penyu yang dah mula berenang jauh. Khairul, Nuzul, Shahmirul, Arizman, Shazwani dan Athila dan berenang ke TARP (Teknik Tuanku Abdul Rahman Putra).



masa tu takda siapa nampak aku menangis. memang, aku sakat diaorang cakap macam-macam dan aku gelar diaorang 'budak TARP'. aku nampak Wani menangis, tapi aku buat-buat tak nampak. aku tak tahu perasaan dia masa tu. aku tak boleh bayang. aku tahu, mesti sedih nak tinggalkan kawan-kawan yang dah bersama kita lebih dari tiga tahun.

sekarang aku tahu apa yang dia rasa. sedih. celaru. berbelah bagi. tak mahu. kalau boleh bawak kawan-kawan, memang aku akan bawak. tak sanggup berpisah. tapi.. iyalah. macam aku sendiri kata dekat Arizman, when it comes to our future, we must be selfish. tak semua kita boleh consider perasaan orang.

Ika, Amierah, Sheril, Aisyah, Alimin, Lyana, Hazirah, Amalina, Amanda, Farzana, Natasha, Wani, Athila, Arizman, Shahmirul, Nabil, Udin, Arep, and others.. please. don't forget me. aku tahu aku banyak buat salah dengan hmpa. aku banyak buat lawak kasar dengan hmpa. aku banyak buat hmpa terasa hati. aku banyak buat hmpa geram. but above all, aku tahu aku banyak buat hmpa gelak yeay :3



hehe. my point here is.. teruskan persahabatan kita walau kita jauh. aku tak sanggup lihat persahabatan kita terbongkai macam tu je gara-gara berpisah sekolah dan negeri. dunia dah maju. facebook ada. lols. memang kita jauh, tapi The Penyu Kingdom tetap dihati. aku sayang hmpa semua. maafkan aku atas segala kekhilafan aku. maafkan aku kalau aku terambil apa-apa atau ada hutang apa-apa dengan hmpa. aku ni dah tua agaknya sampai lupa hutang aku. please remind me kalau aku ada hutang apa-apa yea.

oh yea, maafkan aku.. aku tak boleh ikut hmpa main bowling esok rasanya. sedih gila ok. kalau last minute boleh, aku text nanti k. kalau tak boleh, kita jumpa hari Isnin jelah nampaknya. hari Isnin ni en.. aku tekad takmau nangis. kalau aku nangis gak en.. sila halau aku balik. haha. tapi sedih la hari Isnin ni aku pergi sekolah bukan sebagai pelajar dah, tetapi sebagai pelawat. ahhh :(

jangan lupakan aku. aku dedicate lagu Teman Sejati by Brothers and Sahabat by Najwa Latif untuk hmpa semua. mmuuahhhh! aku sayang hmpa! see u on Monday!

-Adi Shobri

2 comments:

Fakhri said...

tudiaa..
excellent student pi sbp...
anyway,do the best..
mesti ko x engat aku sapa kan.??

Aina Shobri said...

dari kem Mokhdar tu ka? hihi kalau ya, aku ingat aih! :)