Wednesday, December 28, 2011

two down, one to go!

assalamualaikum wrt!

okey semalam 3 post aku taip dalam bahasa inggeris jadi.. harini aku akan cuba untuk taip sepenuhnya dalam bahasa melayu. erk. susah, sebab nanti mesti nak berbahasa rojak. k. do excuse my flaws aite. tadi dalam tengah ber-twitter, nampak tweets pasal PMR tahun depan. lepastu terdetik dekat hati, "hek'eleh kacang jeh PMR tu.." hah nampak. juah.

haha lumrah la tu bila kita dah lepas satu benda tu, mesti cakap senang sebab memang hakikatnya senang. bila tengah belajar lagi tu yang kita cakap susah. itu fakta. tak payah nak deny. ok sambung. jadi.. lepas nampak tu aku pun fikir, "hah, PMR dah lepas. masuk 2012, aku dah tingkatan empat. lepas tu tingkatan lima.. SPM!"

masa berlalu dengan begitu pantas. rasa macam baru sangat aku masuk tingkatan tiga. dahhhh nak masuk tingkatan empat. aigo~ erk. ok geli. poin aku disini adalah, aku dah tak boleh nak main-main macam mana aku main-main masa PMR ni. yalah, lagi dua minggu nak trial pun aku boleh masuk pertandingan lagi. =.="

aku rasa tahun ni adalah tahun yang paling aku tak reti duduk diam. kelas banyak tuang sebab pertandingan. dan pertandingan yang aku masuk pulak kebanyakan masuk dapat nombor 3. kenapa 3? aku pun tak tahu. ngeh! peringkat daerah: Forum Remaja (3rd place), Debate Parliamentary Style (3rd place), Public Speaking (4th place). peringkat negeri: Bahas Ala Parlimen (3rd place). peringkat utara: Sayembara Mendeklamasikan Sajak (aku tak tahu dapat nombor berapa tapi kalah hehe)

ok mungkin takda la banyak sangat tapi bagi aku dengan masuk empat pertandingan tu pun aku dah sesak nafas. tu belum masuk aku tuang kelas sebab kerja pengawas. hah sampaikan kena blacklist dengan guru kelas sendiri. nasib baik tahun ni aku tak masuk pertandingan sukan. masa tingkatan satu jela yang masuk pertandingan silat tu.

ok so.. apa lagi? 96's, tahun depan tak boleh honeymoon lah yea. SPM bukan suatu exam yang boleh study last minute. kalau aku teruskan perangai study last minute untuk SPM ni gamaknya bukan jadi lawyer.. jadi loyar buruk. deng.

buang yang keruh, ambil yang jernih. ni kalau idak nak taip panjang. tapi ibu ajak keluar beli barang. ok.... hah, cakap pasal barang. anda sudah siap membeli barang persekolahan? saya belum. hahahahaha ibu cakap beli baju sekolah sepasang ja sebab nanti 'takut' dapat TKC. ada pulak macam tu. ok ibu.

till the next post, pasal azam tahun baru.


-Aina Shobri

No comments: