Saturday, December 31, 2011

sebuah pertemuan.

assalamualaikum dan selamat petang uolls~

ahh harini dah 31 disember. Maghrib 2012 masihi sudahpun datang dan berlalu. selamat datang 2012 masihi! ahh, bila fikir balik apa yang aku lakukan sepanjang cuti ni.. boleh dikatakan hanya 10% bermanfaat. selebihnya aku gunakan untuk internet, tidur, makan & solat. ahh pembazir masa nombor satu.

pelajar sekolah lain, tingkatan tiga walaupun dah habis PMR masih ada homework/tugasan/ole-ole. aku? hah jangankan homework, menulis pun tak! sejak habis PMR, mananya aku menulis sangat. sekarang ni pegang pen pun dah kekok. rasa pelik. itulah lumrah hidup seorang lepasan PMR. ceh melebih pulak aku ye.

mari kembali ke topik asal. ah. apa kena mengena tajuk dengan entry kali ni? erm, well. lately ni.. aku sangat emo. tak tentu pasal aku boleh menangis, ketawa dan marah. gila? mungkin. sejak kebelakangan ni aku lebih suka menyendiri, duduk dalam bilik sorang-sorang. baca buku, online or whatever. as long as i'm away from people.

except for this particular person. i just can't seem to get away from her. she never gives up on me no matter how many times i sigh about the same damn thing. and i thank Allah for this chance. for this opportunity to know that people like her still exists.

after a few weeks not listening to nasyid, i started of with Opick's Tiada Duka Yang Abadi. ahh that calmed me down. then i listened to UNIC's Sebuah Pertemuan. the lyrics just reminds me of her. "Syukur sungguh di hati ini, dikurniakan teman sejati, menunjuk jalan dekatiNya, tika diri dalam kebuntuan.." that part. yes.

i listened to it over and over and over until i decided to dedicate it to her because i seriously think she deserves it and i bet her friends and juniors would agree with me. Kak, you are an awesome person. thank you for everything and bless Allah for this chance to meet someone like you. i hope this friendship never ends. till jannah, insyaAllah! :)

ahh tak lupa juga, aku bersyukur kerana hadir seorang budak ni.. yang tak putus-putus buatkan aku tersenyum setiap kali bercakap. terima kasih ..

well, setiap pertemuan ada perpisahan. aku kira.. perpisahan yang Allah takdirkan ini ada hikmahnya. aku bukan kehilangan seorang, tetapi dua. sakit? sangat. perit. very the perit. entah, memikirkan kehilangan ini.. aku sering tertanya..

kenapa sekarang? kenapa di saat aku sudah bahagia, Allah tarik mereka dari aku? dahlah dua-dua AA! ok takda kena mengena. maksud aku disini.. aku tak sangka benda ni akan berlaku. dalam kes pertama, aku benar-benar ingat benda tu dah settle. dah habis. tengok-tengok, setiap kali text.. mesti bertekak. pasal benda kecil pun boleh bertekak. hah kebende la aku ni kan.

ya, mungkin salah aku sendiri kerana ego dan terlalu mementingkan orang lain sedangkan aku dah kenal dia dekat 3 tahun. lama. sangat lama. aku terharu ada yang sudi bersama aku sedangkan aku pernah sakiti dia. tak terbayang sakit yang ditanggung dia. tapi aku kira.. dah tiba masa. tak elok aku sakitkan hati orang lagi.

what you do, you get back. memang betul sangat pepatah tu. aku sakitkan hati dia, aku disakiti balik, 2 years after. maybe it's true, i really do deserve this. dalam situasi kedua.. ah aku pun tak tahu nak kata macam mana. sepenuhnya salah aku? aku tak boleh nak describe sangat sebab perasaan tu.. entah. tak terungkap. biarlah Allah yang tahu.

tapi sekarang, aku redha. aku terima segala ketentuanNya dan aku terima keputusan mereka kedua-duanya. ada orang pernah pesan yang aku kena ingat bahawa perjalanan aku masih jauh. aku baru 15 tahun di dunia ni. masih mentah. masih baru. lebih ramai dan lebih banyak ragam orang yang bakal aku jumpa.

aku mohon kepadaMu, ya Allah kau lindungilah kedua-dua mereka ini. sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pelindung. kau kurniakanlah mereka kejayaan di dalam peperiksaan besar yang bakal mereka hadapi, SPM dan PMR. kau kurniakanlah mereka kesihatan. kau kurniakanlah mereka kebahagiaan hidup. serta kau kurniakanlah keredhaanMu terhadap mereka. amin.

apa-apapun, aku masih ada orang-orang disekeliling aku. keluarga, sepupu-sepapat, kawan-kawan baru dan lama, dan tak lupa.. aku ada Engkau, ya Allah.

maafkan aku atas entri yang agak emosi. hah lega. terlepas jugak semuanya. kau berkatilah tahun masihi yang baru ini. moga-moga 2012 masihi menjadi lebih baik dari 2011 masihi, insyaAllah.

-Aina Shobri

No comments: