Friday, December 23, 2011

"mencipta nama di persada dunia,"

assalamualaikum uolls!

semalam, 22 Disember 2011 terciptalah satu rekod baru di SMK Sungai Ara. alhamdulillah, syukur tak terkira! 5 orang 5A, 3 orang 6A, 2 orang 7A dan alhamdulillah 4 orang 8A. itu aku kira sebagai satu pencapaian yang besar bagi SMK Sungai Ara. bak kata cikgu Yus, selama 20 tahun, inilah rekod yang telah kami pecahkan dengan 4 orang sekaligus mendapat 8A.

tahniah kepada Amierah Abd Malik, Natasha Mazni Helmi Yeap dan Nur Hazirah Zahari. eh sorang lagi? hahaha ok itu syok sendiri namanya. syukur tak terkata, aku turut tersenarai dalam 4 orang tu. girl power much? haha itu rezeki namanya :)

yang kiri tu ibu & ayah bagi. kanan tu sekolah bagi ;D

okay so anyways, tujuan post ni bukanlah tentang keputusan PMR semata-mata. ada juga benda lain tapi yelah, benda yang baik kan? niat di hati bukan nak menunjuk tapi nak kata.. AKU PUN BOLEH! syukur, ini adalah penebus balik kepada kegagalan aku di dalam UPSR bersama satu B. kini aku berdiri bersama 8A.


kepada kawan-kawan aku yang berjaya mendapat 8A, tahniah aku ucapkan. kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah sekarang! kalau bercakap tentang kegagalan, siapa yang nak kegagalan? mesti takda siapa. tapi, jika gagal sekali, tak bermakna gagal selamanya. kepada yang lain, aku tahu rasa kecewa tu macam mana sebab aku pun pernah rasa.

nasihat aku, anggap ini sebagai ujian Allah. dan anggap jika rezeki anda bukan di PMR, rezeki anda ada pada SPM, insyaAllah. aku tak nafikan, PMR ini penting. memang penting. sebab tu aku sendiri paranoid. tapi ingat, ada yang lebih penting iaitu SPM.

bagi yang apply SBP/MRSM dan betul-betul mengharapkannya, aku ucapkan selamat maju jaya. semoga berjaya untuk dapat first intake! first intake ni kiranya orang-orang yang diberi perhatian la. kalau nama tercicir, jangan lupa untuk buat rayuan. (gaya lagak macam aku dah dapat. pang aku sekali jap? -.-")

ok mari kita ubah topik!

kini debaran buat 0913 dah berakhir. next stop; SPM. penentu masa hadapan. naik tingkatan empat ni memang kena ucap selamat tinggal kepada main-main lah yea? actually tadi banyak idea lepas tu tiba-tiba hilang. soooooooooooooooo i guess this is about it. haha.

apa-apapun, tahniah kepada yang dapat straight A's. semoga lebih cemerlang di dalam SPM dan semoga lebih taqwa kepadaNya. tak dilupakan juga, kepada yang mengharapkan offer SBP/MRSM sebab nak pindah sekolah, semoga berjaya! (doakan aku sekali) hahaha okay gudbai!

p/s: doodoll ni angah tersayang bagi. nama dia Kalor. comel. macam aku. hihi. oh ha, ada orang perasan ada logo TKC dekat atas meja tu. kantoi mangat. heh. kbai.


-Aina Shobri

No comments: