Sunday, January 1, 2012

memories will still be memories.

assalamualaikum uolls.

harini dah 1 Januari 2012. ahh mesti kekok masa nak tulis tarikh nanti. jangankan tarikh, pegang pen pun kekok. akibat malas nak buat apa-apa sepanjang cuti ni. itulah jawabnya. haha K. pernah dengar lagu Tiada Duka Yang Abadi - Opick? lagu ni adalah OST kepala drama Hani yang pernah ditayangkan di TV3.

cerita tu bermula sejak di bangku sekolah. entah macam mana, aku terlupa.. si Hani tu masa besar di jadi buta dan saat-saat dia akan pergi selamanya, dia rebah di sisi ibubapanya dan dapat celik mata selama beberapa saat kemudiannya menghembus nafas terakhirnya. hah, masa tu dah lah sebelum dia berangkat ke tanah suci. yelah, cerita. aku sebak sebab aku ikuti setiap episod drama tu. hehe K, takda kena mengena pun.

maaf, terbabas. okey lagu ni memberi banyak makna kepada aku memandangkan pada tahun 2011, aku seorang yang cepat emo dan cepat menangis. ahh lemahnya aku. ok abaikan. jadi, aku ingin jadikan tahun 2012 satu tahun yang bermakna. tahun dimana aku perlu buang semua sifat mazmumah dalam diri ni. heh.

ok maybe ayat tu macam melebih sangat. ok tak la, aku cuma nak 2012 tahun aku tak study last minute dan betul-betul ikut cara ayah dari awal. this is a fresh start. kemas meja dah, susun buku dah, tunggu masa nak duduk, bukak buku dan baca je. bila? hahahahaha tak tahu lah.

aaaaaaaaanyways. aku nak cakap. 2011 memegang memori yang indah dan buruk. tapi ada beberapa memori yang aku rasa.. aku takkan lupa sampai bila-bila. pertama kali seluar terkoyak dalam air, pertama kali main paintball, pertama kali menang bahas peringkat daerah dan ketiga negeri, pertama kali jejak kaki ke sekolah orang lain, pertama kali jejak kaki ke Pulau Aman, pertama kali berjumpa dengan adik, pertama kali menyanyi masa hari guru, pertama kali dapat 8A..:)

ahh cikgu Laili. a teacher that i will never forget. ever. cikgu Laili dah dapat transfer ke Melaka sebab husband dia kerja sana. ahh sedihnya bila dapat tahu cikgu dah pindah. guess what? aku tak sempat cakap goodbye pun. and not even a photo was taken with her this year. sedih. gila, cikgu Laili ni dah macam kakak aku. erk pelik. ok though cikgu Laili tak pernah pun ajar aku, tapi still.. aku rasa cikgu Laili la cikgu yang paling aku rapat dekat sekolah tu.

a memory with her, she saved my ass from being humiliated masa Cabaran Mutiara tu. oh thank Allah cikgu Laili jurulatih pusat koko and was actually there masa kami tengah berkayak. seriously, aku takkan lupa saat tu. muka dah merah, malu tahap gila. life saver kot! kalau tak aku memang balik ke kem mutiara dengan seluar terkoyak sampai ke pinggang -.-"

oh yeah, cikgu Laili also reminds me a lot of along. aku sendiri tak tahu kenapa. perhaps sebab tulisan sama, sama-sama kidal, cara cakap sama, ganas tapi dalam hati ada taman! hahahahahaha K itu bongok. ok takmau tulis banyak-banyak, nanti cikgu kembang. cikgu, saya tau cikgu tengah baca post ni. haiiii :D and thank you for the call masa hari ambil result. tak sangka cikgu ingat :"> hahaha K.

ahh banyak sangat yang nak aku taip. aku rasa sampai esok pun tak habis. i'll just wrap it up by saying, alhamdulillah 2011 has passed. aku redha dengan segala yang berlaku pada tahun lepas. tahun yang baru, insyaAllah akan aku jumpa insan-insan baru yang bergelar sahabat. hahahahaha ok jiwang noks.

mengantuks. okbai!

-Aina Shobri

2 comments:

Anonymous said...

dapat twrn x???

Aina Shobri said...

teknik, tak apply. sbp, belum keluar.