Saturday, December 31, 2011

keazaman.

Berikanku sebaris kata,
tuk ku susuri jalan gelita,
mentera keramat kata pujangga,
azimat yang bermakna.

Di depan simpang bercabang tiga,
tak tahu mana satu arahnya,
kanan kiri manusia berdusta,
mungkir pada yang Esa.

Mungkin ku bukan watak utama
dalam pentas lakonan dunia,
bimbang juga ku turut sama,
pastinya aku kan binasa..

Berikan aku pedoman,
arah mana jalan kehidupan,
tuk ku teruskan penggembaraan,
tak rebah dan tersalah langkah.

Tunjukkan aku kawan,
simpang mana arah kejayaan,
Timur Utara juga Selatan,
atau arah matahari terbenam.

Bersama menyusuri jalan,
para Rasul Nabi junjungan,
menuju ke puncak,
gemilang terbilang
iman di dada mengiri langkah!

ayuh. kita buka langkah baru menuju jalan yang diredhaiNya. dimana ada keredhaanNya, disitu kita tujui. 96's, tingkatan empat bukanlah honeymoon year. bagi yang berperangai macam aku, malas dan suka study last minute.. mari kita buang yang keruh dan ambil yang jernih.

ahhh nak bercakap tu memang senang. nak berubah tu pun senang. nak mengekalkan perubahan tu yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal. ayuh, kita siapkan diri untuk menghadapi killer subjects & tahun sibuk! *gaya macam aku dah lalui dah f4 ni. K.

*bagi pelajar-pelajar UPSR, PMR & SPM 2012, ingatlah.. JANGAN STUDY LAST MINUTE OI! hihi pesanan khas buat uolls yang bakal menduduki peperiksaan awam tahun depan. ingat:

UPSR penting bagi menentukan sekolah mana yang akan anda pergi pada tingkatan satu. PMR pula penting bagi menentukan aliran mana yang akan anda ambil pada tingkatan empat/penting bagi menentukan kelayakan anda ke SBP/MRSM. SPM pula penting bagi menentukan masa depan anda. ingat, semuanya penting. jangan pandang rendah!

ini sahaja dari aku pada petang ini. akan aku sambung lagi malam nanti, sebelum masa untuk online kembali disekat. ya, aku juga akan menghadapi sekatan internet seperti biasa macam nak PMR dulu. hah, sehari sejam saja. hwating! ok gila.


-Aina Shobri

No comments: