Saturday, December 3, 2011

determination is everything

assalamualaikum wrt :)

hello peeps. it's 4.40AM, 3rd December and i still haven't slept since 9.40AM, 2nd December. oh how time flies. but bagi aku, masa sprint. ye, sprint. macam 100m sprinter tu. Usain Bolt pun kalah. haih lajunya masa.. sekarang ni berita baru, 22hb Disember dikatakan tarikh tetap pengumuman keputusan PMR.

oh tidak, aku tak bersedia! kalau rumor tu betul, maknanya, tak kurang dari 20 hari ja lagi. weh PMR candies, hmpa bersedia tak?! bagi students yang macam aku, berharap untuk ke SBP.. ready tak nak tengok hmpa layak atau tak untuk ke SBP?! aku naaaaaak sangat tau, tapi malangnya aku takdak keberanian untuk cakap, 'aku tak sabar untuk 22hb tiba' sebab sesungguhnya aku macam nak buat semula paper KH tu.

ya Allah entah kenapa aku rasa tak confident sangat dengan KH. mungkin sebab masa Gerak Gempur (trial kedua) tu.. kali pertama aku dapat A dalam KHB. yes, pertama kali. and to be frank, aku sangat LEGA bila dapat A dalam GG tu.

haih, my point is.. aku admire sikap budak-budak f2 tahun ni yang nak naik f3 tahun depan. tuition lah, tutor lah, mentor lah, apa lah. segalanya dpa lakukan demi memastikan 8A di dalam genggaman. uish, bila fikirkan balik apa yang aku lakukan bulan Disember 2010, sangat memalukan ok. yelah, aku banyak main.

but still, ada yang 'look up' to me. aku bukan nak megah. tapi aku terkejut bila ada juniors yang cakap tabik lah, respek lah apa lah. aku pelik sebab bila difikirkan balik, aku rasa.. aku lah manusia yang paling penyegan dalam bab-bab belajar ni. tapi aku letak harapan tinggi menggunung tanpa fikirkan consequences-nya. aku tak fikir apa perasaan parents, dsb.

so ended up aku dapat averaga 70%++ macam biasa ja. but right after trial negeri masa bulan puasa tu, kebetulan pergi 'melawat' satu sekolah ni.. aku tersedar something. kau fikir nak berjaya tu senang? kau fikir nak masuk sekolah cenggini senang? kau fikir segalanya dalam dunia ni percuma? kau ingat dalam dunia ni, orang akan utamakan yang 'famous' sebelum yang cerdik pandai? wake up!

ni depan traffic light dekat Hospital Pantai Mutiara dkt dgn SMKRTU

yes, wake up. wake up everyone, termasuklah aku. in this world, takda apa yang percuma. thank god ayah thought me that. sebab kalau ayah tak guna concept ni terhadap aku, aku rasa aku dah ada macam-macam gadget dekat rumah tu. here's something: hmpa ingat.. aku senang-senang ka dapat 550D tu? i earned it. yes, EARN. score in my exams and finally get something that i've wanted for a looooong time.

so does everything else in life. if you want something, earn it! bukan senang-senang mintak, benda tu datang bergolek. bukan senang-senang sebut, benda tu dah jadi milik kau. no. sama seperti 8A. kita sebut, itu niat. kita mengorak langkah, itu perjalanan. kita gagal, itu dugaan. kita cuba lagi, itu keberanian. kita berjaya, itu hasilnya. *whoa dah berfalsafah aku ni -.-*

my point is, determination is everything. without niat, without keazaman, without impian kau, kau takkan boleh dorong diri kau untuk berjaya. cukuplah aku sanggup perjudikan PMR aku dengan benda-benda yang tak faedah. untuk SPM, aku janji aku takkan ulangi lagi. tapi, aku betul-betul harapkan 8A.

kurang dari 8A bermaksud aku gagal. bukan gagal dalam hidup, tapi gagal mencerminkan perkara yang baik lepas aku sanggup offer diri untuk ajar, tutor, dan sebagainya. macam tak malu je kan? dahlah offer nak ajar apa semua, tengok2 tak lepas 8A. nauzubillah mohon dijauhkan.

aku taip post ni.. bukan sebab apa. aku cuma rasa aku nak express pasal benda ni. saja. so anyways, result PMR akan keluar tak lama lagi and yeah, aku yakin ramai gila calon PMR 2011 tengah cuak sekarang. tolong, kepada sesiapa yang sedang baca post ni.. aku mohon korang doakan kejayaan aku.

aku betul-betul nakkan 8A tu. bila aku berjaya untuk naik dalam GG, keyakinan diri aku terus melonjak naik. aku bersemangat serta merta. aku jadi excited nak tunggu PMR sebab hasil dari GG, aku rasa aku mampu untuk dapatkan 8A tu. jadi, aku betul-betul harap apa yang aku idamkan tu jadi kenyataan, insyaAllah..

dah 8A, aku betul-betul mohon kpd Allah supaya dimurahkan rezeki untuk aku dapat offer ke sekolah idaman aku tu. yep, TKC. some might say aku tak layak. aku doakan, aku dapat buktikan bahawa hmpa semua salah dan aku betul-betul layak ke sana. insyaAllah.. amin.

doakan aku & batch 0913 ya. 8A PMR, insyaAllah!


-Aina Shobri

No comments: