Tuesday, December 20, 2011

a day and a few hours left.

assalamualaikum wrt.

hai uolls. saya benar-benar memohon maaf kerana lama tak update blog. hilang mood, terasa cuak, jiwa bergetar. entah. merapu. tipulah kalau cakap tak rasa apa yang menghadapi hari Khamis ni. lately ni. mood saya sangat tak menentu.

sekejap happy. sekejap sedih. sekejap cuak. sekejap angau (eh?). hah yang penting, semuanya berpuncakan apa yang bakal berlaku pada hari Khamis ni. sekarang dah pukul 10.21 malam, 20hb Disember. cepat kan masa berlalu? esok dah 21hb. lepastu tinggal beberapa jam je lagi.

ya Allah aku tak tahu nak rasa apa! nak cuak, memang cuak. nak menangis meraung, sekarang ni sampaikan tak terkeluar dah air mata. entah. mata ni dah kehabisan stok air mata. simpan untuk Khamis ni kot? erk.

sesungguhnya aku dah tak larat nak bersedih. cukuplah dua minggu ni aku bersedih macam nak gila. aku mungkin boleh pura-pura gembira depan kawan-kawan aku. tapi ayah aku boleh baca aku macam tu ja. so sebab tu aku cuba cari distraction. biarlah dalam apa cara sekalipun asalkan aku tak teringatkan perkara yang membuatkan aku sedih tu.

er apa aku merepek ni? apa-apa jelah kan. apa-apapun, kita kena bersedia mentally and physically. so 96's, bersedia untuk menghadapi kegagalan dan kejayaan. tak boleh main aci konfiden je dapat stret A's. konfiden itu bagus. tapi over confident membunuh. serius. aku pernah rasa masa bahas dulu. woo.

semalam i spent my night screaming like a maniac sebab apa yang Cikgu Shuhaimi bagitau aku. pergh sumpah aku tak tahu nak kata apa. biarlah benda tu antara aku, cikgu Shuhaimi & parents aku. and aku akan pegang kata-kata ni:

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi,
Segalanya pasti kan terbukti nanti!

- Gemuruh by Faizal Tahir

godluck 96's, esok aku update lagi sebab esok konfem aku tak tidur. ok nok. bubuis~

-Aina Shobri

No comments: