Friday, December 16, 2011

berjalan tanpa henti!

bagaikan jauh jalan yang kutempuh
langkah demi langkah akan kugagah
hari demi hari berjalan tanpa henti
yakinku ada sinar yang menentu

kalau dah bertemu arah
yakin penuh pasrah
padaNya yang Kuasa dikau berserah
jika kau rebah jika kau kalah!

bersaksikan rahmatNya akan terserlah
segala kepahitan segala keperitan
terima bagai penghapus dosa
malang yang menimpa duka yang melara
mungkin di baliknya ada bahagia

jangan jangan berputus asa
dari rahmat yang Maha Esa
jangan jangan kita lupa
ujian lumrahnya dunia!

this song was played as a theme song during a camp for us to keep on going and not give up no matter what. terjumpa dekat wall Kak Timah, automatically teringat camp tu. rindunya! ayat "jangan jangan kita lupa ujian lumrahnya dunia" means that no matter what, kita tak boleh berputus asa kerana setiap dugaan, setipa ujian yang menimpa kita adalah lumrah dunia. face it no matter what!

setiap ujian mempunyai hikmahnya yang tersendiri. dan ingatlah, Allah takkan menguji hambaNya jika Dia tahu hambaNya itu tak mampu memikul dugaan tersebut. so dear family, kiddo, friends, no matter what you're facing right now.. do remember that Allah has something for you behind all this. smile! :)

kudos to Devotees! :)

No comments: