Friday, December 9, 2011

13 days and counting..

..saya tak tahu macam mana lagi saya nak terangkan perasaan saya sekarang ni. cuak, teruja, gementar, takut, sedih, gembira, semua ada! saya teruja kerana saya ingin tahu hasil penat lelah saya selama tiga tahun. saya takut kerana saya gusar saya akan menghampakan ibubapa saya buat kali kedua.

cukuplah sekali. cukuplah dengan satu B. cukuplah dengan kegagalan itu. cukuplah dengan kesedihan itu. cukuplah dengan semua itu. saya juga ingin merasa kejayaan. merasa kebanggaan. merasa kegembiraan. ayah pun cakap, ayah tak mahu lihat saya menangis kesedihan pada hari tersebut. ayah ingin melihat saya menangis kegembiraan.

saya takut. takut tak dapat mencapai apa yang diidamkan tetapi dalam masa yang sama saya amat yakin akan kemampuan saya untuk mencapai A lurus tersebut. suara dalam diri saya mengatakan saya mampu mendapat 8A tersebut namun ketakutan mengatasi segalanya dengan mencantas keyakinan saya.

ya Allah kau berikanlah yang terbaik buatku. aku inginkan 8A. aku inginkan kejayaan itu, ya Allah.. kau kurniakanlah kami semua yang terbaik. kau hilangkanlah resah dihati kami, ya Allah..

mungkin pada saat ini para pemeriksa sudah pun siap menanda kertas-kertas kami dan pihak KPM mula mencetak slip keputusan? mungkin. ya Allah apa-apa pun, aku inginkan yang terbaik iaitu 8A. amin!!

p/s: ya, saya sedang cuak sekarang. jam menunjukkan pukul 2.38 minit pagi. insomnia!!!

-Aina Shobri

No comments: