Wednesday, November 2, 2011

sayembara :)


assalamualaikum wrt :)

#np Infinite - Paradise, lagu ni sangat best. idk why. i'm now addicted to Infinite. oh great. kesian Bigbang :(

the picture says it all. pagi tadi aku berjaya memalukan diri aku dengan mendeklamasikan 4 rangkap sajak yang sangat hebat. tapi, tah. aku tak mampu nak jadi deklamator yang baik. yelah, as i expected.. sajak bukanlah bidang yang sesuai untuk aku.

earlier this morning, aku pergi sekolah dulu. tengok kawan-kawan aku excited je nak pergi muzium perang. ha pergilahhh. aku tak kisah pun. hehe. pergi dengan cikgu Suriani dengan husband dia & anak dia. comel gila anak dia. gebu seh.

so sampai sana, aku nampak dah contestants lain. semuanya pakai baju kebudayaan whatsoever. dalam hati aku, "ahh sudah. mati aku!" ok fine, lepas lapor diri, pergi berlatih kejap. masa tu dah terdetik dalam hati aku, memang aku takdak harapan sebab aku memang tak mahir bersajak!

then kena isi borang apa entah. pasal peribadi pelajar & guru. sebelum naik pentas, emcee akan bacakan. so ada column, "anugerah/pengiktirafan" cikgu pun tuliskan untuk aku, "tempat ketiga pertandingan bahas ala parlimen peringkat negeri," untuk column cikgu plak, "tempat kedua sayembara menulis dan mendeklamasikan sajak peringkat universiti."

peh, masa umumkan tu, semua pandang-pandang sebab nak tengok siapa. bila aku yang bangun, bebudak dalam dewan tu semua tepuk tangan *cewah, bangga diri kejap.* ok start2 sajak lagi aku dah silap. ada dua perkataan aku tak sebut. ceh! lepas tak sebut tu, dalam hati aku dah kata.. "ha peii dah, memang pakat tak menang lah macam ni." and ends up betul.

as abang Paan says, "be number one. loosing is not an option." yeah, it isn't an option. tapi bila dah training sejam ja, nak buat macam mana? aku redha dengan apa Allah bagi. at least aku dapat keahlian dewan bahasa dan pustaka kan? hehe.

aku percaya, Allah tak berikan aku kejayaan kat aku harini, esok lusa, insyaAllah akan tiba rezeki aku. jadi kalau kalah, bukan segalanya sebab aku sedar dan tahu kenapa aku kalah. firstly, sajak sememangnya bukan bidang aku. second, latihan tak mencukupi. third, kepeningan dan kepenatan melanda sebelum pertandingan. so yeah :P

setakat ni je post aku. esok aku, shahmirul & lyana akan sertai kem petrosains apa entah dekat USM. kata cikgu Chiam, dia pertandingan. so kalau pertandingan, insyaAllah akan aku lakukan sebaik mungkin untuk mengharumkan nama sekolah.

lepas tu, raya haji. then aku akan bereskan hal team building di SMSKB pada 16 november nanti. so far so good. malam ni nak taipkan surat mohon kebenaran kepada pengetua SMSKB, esok dah boleh fax. mintak-mintak Allah permudahkan segalanya. yelah, ini kali pertama idea aku, usaha aku membuahkan hasil yang cantik dalam tempoh yang singkat. alhamdulillah.

mudah-mudahan segalanya baik-baik je :)

-Aina Shobri

No comments: