Thursday, November 3, 2011

petrosains playsmart :D


assalamualaikum everyone :)

#np Ukiss - 0330 omg best gila. yes, mulai skrg aku akan post lagu apa yang aku tengah dengar while updating my blog. mesti best punya setiap lagu tu. biasalah, influence sapa la ni eh? kekekekeke.

okay so harini, as i've told yesterday.. aku ikuti program anjuran petrosains, that is Playsmart Petrosains. well ni kira mcm aktiviti slps PMR anjuran petrosains :) yes, aku admit.. best gila! hehe. well, sebelum aku teruskan post ni, aku nak admit bahawa aku kalah. hmm, dua hari berturut-turut kalah. i'm okay. maybe ni effect selepas menang besar masa Cabaran Mutiara haritu? well, whatever it is, aku percaya disebalik setiap takdir Allah, ada sebabnya :)

ok mari kita teruskan cerita. harini aku pergi sekolah naik basikal. yesss, lama gila tak naik basikal pergi sekolah. sejak nak dekat puasa, ayah dah larang aku untuk naik basikal pergi sekolah. takut injured katanya. okayy, fine. tapi habis pmr haritu, asal ada urusan pengawas je, rempit basikal lah aku. lol okay off topic nih.

sementara tunggu pukul 8.30, aku, shahmirul & lyana pun lepak dekat gate kecil. sembang2 then sampai masa, kami pun bertolak. whoahh Teacher Chiam belanja breakfast weh. sumpah kenyang. aku makan apa entah, tapi ala-ala maggi je noodle tu, but bukan maggi. sedap SIKIT dari maggi.
okay then dalam ukul 9.40 macam tu bertolak ke USM. program starts at 10am. cool kan? haha. sampai ja, terus daftar. sporting ah abang2 & kakak2 yang jaga pendaftaran tu. dekat kami macam coooool ja. hihi, dengan shahmirul & perangai loqlaq dia, lagi lah bertambah sporting xD

so masuk ja, dapat nombor then duduk dalam kotak yang disediakan bagi nombor yang kami cabut. so Teacher Chiam cabut nombor 38. so kami duduk kotak nombor 38 :) ada kebaikannya jugak walaupun nombor last. okay, moving on.

lepas penerangan and everything, we started building the Jaket Pelantar Minyak at 10.45am, masa halfway buat, baru realize kami punya base sangat tak stable. then tiba-tiba abang tu umumkan..

"ok kita ada 30 minit masa tambahan.." pergh lega! so kami pun berusaha untuk merubah imej 'jaket' pelantar minyak kami tu. well, 'jaket' tu adalah kaki kepada pelantar minyak tu. 'jaket' adalah istilah yang digunakan oleh jurutera zaman dulu. lol.

banyak jugaklah konflik yang kami lalui. tapi alhamdulillah Allah permudahkan walaupun rezeki tak menyebelahi kami. kami tetap bersyukur kami dapat buat dengan elok dan pass 5 beban pertama. hehe, sebab aku sorang dok terloncat-loncat takut pelantar tu jatuh, ramai kerumun area kami. LOL!
so here it is, jaket pelantar minyak kami yang diuji oleh buku nota aku. hehe, orang lain pergi uji dengan pelantar yang dekat depan, kami uji dengan buku nota. by the way, masa diaorang umumkan masa dah tamat dan dipanggil 10 sekolah pertama, aku, shahmirul & lyana masih membaik pulih kami punya kaki. so advanage disitu sebab kami kumpulan last :D

muka tension tu sebenarnya sebab aku takut tak lepas lebih dari 5 beban. maksimum beban adalah 40. sekolah Seri Balik Pulau actually passed all 40, tapi diaorang kurang markah dekat ketinggian sebab pemarkahan diambil kira by height & stability. so height diaorang sekadar one straw tu je. oh lupa bagitau, kami kena bina kaki pelantar minyak ni out of a plastic of straw and 5 chopsticks. THATS ALL. selotape, gam, stapler, etc semua tak dibenarkan. bayangkan jelah. hihi alhamdulillah kami berjaya menyahut cabaran tu.

to be frank, aktiviti ni sangat menguji berapa banyak kefahaman kita tentang bab Stability, form two. setakat belajar teori je tak mencukupi. untuk betul-betul memahami konsep gravitational point, stabilty, bla3 semua tu, mesti buat praktikal. ini satu pengajaran yang perlu kita semua ambil. so lepas ni, insyaAllah setiap yang kami belajar, kami akan praktikkan.

so there i am.. trying to stabilize pelantar minyak tu dengan beban-beban berupakan batteri AA, C dan beberapa skru & nat yang berat jugak. mula2 semua sekolah kena letak the first 5 beban. alhamdulillah lepas. then tetiba goyang, so kami angkat kejap dan perbetulkan. diaorang tak kisah sbab dah lepas 5 beban pertama tu. so lepas tu kami susun balik. dapat 6. dicampurkan, kira 11 lah.

bersyukur lah weh sebab ada jugak sekolah yang baru letak pelantar, dah roboh. a big congratz to SMK Padang Polo sebab berjaya menjadi johan dan meraih cek RM 400 dan jugak 40 tiket ke petrosains dkt KLCC tu :) runner up dengan second runner up dapat RM300 and RM200, also 40 tickets to petrosains KLCC.

yang lain semua dapat benda ni:

yeah, bersyukur sebab hanya sekolah di Barat Daya & Timur Laut yang terpilih. dalam 38 sekolah menengah. apa-apa pun, the best part is.. masa nama sekolah dipanggil untuk uji kaki pelantar, shahmirul nampak sorg cikgu ni.. macam kenal.

tiba2 shahmirul berhenti jalan, so kami pun berhenti, kalih2 nampak cikgu Nik Nurulhuda, guru kelas kami tahun lepas. weeeeeeee rindunya! haha so this is cikgu science aku selama dua tahun. tahun ni cikgu Nik mengajar dkt SMK Teluk Kumbar. rindu giloss :) sempat jugak tangkap gambar sebelum balik:

well, whatever it is, kami bersyukur sebab dapat opportunity ni untuk sertai program ni dan jugak untuk experience sendiri praktikal ni. walaupun dua hari berturut-turut kalah teruk, i don't mind. sebab aku percaya, di sebalik semua kesedihan ni, Allah akan berikan ganjaran tak lama lagi, insyaAllah. doakan yang terbaik.

oh yeah, pagi tadi sebelum bertolak, dah bagi surat yang nak fax kepada pengetua SMSKB. so harap semuanya berjalan lancar. semua dah selesai except for nak kutip duit dan nak bayar. ingattt, paling lambat bayar RABU depan cuz khamis, 10hb semua form three SMKSA dah start cuti. lol, kalau mai sekolah result PMR kena sekat. lawak xD

haaa btw, congratz kpd Hana sebab dapat menang apa entah untuk Pertandingan Orienteering Piala Pengarah. lol nama piala xleh blah! anyways, pertandingan 2h 1m pun dapat t-shirt. peh! tak adilll. takpa, rabu depan aku nak jugak pakai t-shirt cabaran mutiara. wekk :P

p/s: things on my mind - result PMR. siapa tau bila result keluar? ;O


No comments: