Thursday, November 24, 2011

the memories: Phoenix, AZ 07'

assalamualaikum wrt :)

alhamdulillah, aku masih bernafas pada hari ni. hmm tadi masa scroll down news feed facebook, terjumpak satu video. well, aku memang tak suka orangnya, tapi bila tengok mv lagu baru dia ni terus teringat AZ. it's Justin Bieber's Fa La La ft. Boys II Men. boleh tahan la. mv tu memang mengingatkan aku kpd AZ. seriously.

ok apa itu AZ? AZ stands for Arizona, a state in the USA, United States of America. Phoenix tu pulak macam daerah la. Phoenix tu macam Georgetown in Penang. bandar besar la kiranya. AZ ni dekat2 dengan borders Mexico. so kalau pergi sana, jangan terkejut jumpak ramai Mexicans :)

al kisahnya, my family and i went there for about 10 months la jugak. sempat bersekolah, sempat alami summer dan sempat menginap dekat hotel selama sebulan sementara tunggu dapat rumah sewa. pergh sepanjang sebulan tu.. sumpah boring tahap gila. hotel tu macam motel jela, takda la hotel sangat.

well, the mv tu reminds me of our first month there. yela, first month tu kan menetap dekat hotel ja. surroundings dia memang tak bleh go la kan. betul2 sebelah highway. hihi. so dah alang-alang cerita pasal dekat sana, baik cerita sampai habis kan? hihi.

tak ingat la pi bulan 2 ka 3 but anyways, around bulan April dah dapat hotel yang lebih dekat dengan kawasan rumah sewa tu. duduk seminggu ja, then dah dapat rumah. alhamdulillah! hihi nak sangat tunjuk gambar but blogger dah gila, upload gambar takmau muncul. nantilah :)

so that's when i started schooling. sekolah tak jauh sangat dari rumah kami. em kalau tak silap, alamat kami duli 1440, Vista *something *something* hihi ok tak ingat. ingat nombor rumah je. ok anyways, aku sekolah dekat Kyrene de los Cerritos Elementary School. ok, sounds childish kan? yela, masa tu aku umur 11. dah nak habis school year sana dah pun.

aku masuk2 terus senior year, fifth grade. nice kan? haha. best la jugak sekolah tu. sistem sekolah dia sangat berbeza. yela, every subject, cikgu yang sama. kalau korang.. apa korang rasa? hehe. tapi aku untung, dapat cikgu cantik. hahahahaha ok gatal. masa tu aku tak pakai tudung lagi & boy cut punya rambut. masuk2 kelas tu memangla semua usha aku pelik kan. aku masuk girls bathroom lagi lah semua usha aku pelik. ok fine.

start elementary school ni la aku dah dapat slang states. kalau tak aku speaking kan, bunyi sebijik macam asian yang bagi dpa sangat tak cool. so i fit in. last day of school aku dekat sana is on the 22nd May 2007. the next day is my birthday and sepatutnya the next day tu sekolah lagi, but aku, adik aku and mak aku akan naik flight balik Malaysia sebab Acik Andy is getting married.

so kiranya aku cuti summer awal. balik Malaysia seminggu/dua je. tak ingar sangat. but bila balik AZ tu, ya Allah panas gila! summer ni seingat aku la kan, almost every day aku & siblings aku lompat masuk pool dekat belakang rumah. kami sangat beruntung, rumah sewa kami ada swimming pool. ngee :D

insiden yang paling aku ingat masa summer ni is when, satu malam tu aircond rosak. angah awal-awal lagi dah tidur. tidur mati pulak tu. ya Allah! so ayah ajak kami lepak Wallmart. wallmart ni kira port kami ah kalau nak lepak walaupun it's just macam giant je, supermarket. tapi tah.. aku suka gila lepak situ. hihi. kami pegi beli kipas. kipas tu masih berbakti dekat sini ok! hihi.

dah beli kipas, ayah nakbeli seluar pendek. masa tu kan aku jahil lagi, so aku pun sama naik beli shorts. hihi. so balik tu, ayah kata panas jugak. almost nak tempah hotel. but tahan jela. esok tu baru orang datang repair. hah, cakap pasal wallmart tadi, the first day kami sampai AZ, well night la sebab kami sampai California dulu baru flight pegi Phoenix. sampai AZ, sewa kereta, pergi hotel, check in letak barang apa semua, ayah terus bawak kami pergi wallmart.

memang cool gila. biasala, budak Malaysia baru jumpak supermarket omputih. hihi. hmm apa lagi eh? hmm, hah. the day before school starts.. preparation kami memang gila2 ah kan. haha kalu dekat Msia, beli baju sekolah baru, beg baru, etc etc.. dekat sini, aku beli kasut sport baru, pensel beberapa batang, pen beberapa batang, buku nota 2/3, lepastu fail. lepak ah.

haha, sekolah dekat sana memang lepak wa cakap lu. baju bebas pun bebas. buku bebas pun bebas, cikgu-cikgu sporting gila :P oh yeah lupa habaq, bukak sekolah lepas summer ni, aku masuk sekolah baru, Altadena Middle School.

ok sistem sekolah dia macam ni.. first grade - fifth grade; Elementary School. sixth grade - eighth grade; Middle School. ninth grade - twelfth grade; High School. well dekat high school, 9th grade orang panggil Freshman. 10th grade orang panggil Sophomore. 11th grade orang panggil Junior. 12th grade orang panggil Senior. gempak kan? :)

so start Middle School ni lain sikit sistem dia. aku rasa kalau aku cerita sampai esok tak habis. hihi. well anyways, kami boleh pilih 2 jenis kelas yang kami nak masuk. kelas first nama A, kelas second nama B. so kami ada hari yang ada kelas elective A, and B. so kira macam kalau jadual aku hari Isnin ni, ada Social Studies, Maths, Science, Language Arts, Elective A. so tu kira macam A Day. kalau selasa, Social Studies, Maths, Science, Language Arts, Elective B. so tu adalah B Day. and goes on.

oh yea, aku memang tak payah tengok jadual dekat sana sebab hari2 belajar subjek sama & tak berubah pun. hehe enjoy gila. for elective, aku pilih Multimedia & Arts. aku hampir-hampir nak pilih Orchestra, tapi ibu tak bagi sebab about lagi 3 bulan after that nak balik dah.. ibu takut aku belajar orkes tu sia-sia. hm okay fine ;S

so anyways, school life dekat sana memang enjoy. high school pun lebih kurang je. oh yeah, dekat sana, sekolah mula around 8.15, habis around 3.15.. lama kan? tapi dekat sekolah tak terasa lama pun. serius. rasa kejap gila sebab every day routine sama. cuma elective class je lain. hari Rabu je balik awal, pukul 2.45. haha.

ha, dekat Middle School dulu aku masuk Broadcasting Club & Yearbook Club. oh sangat cool. Broadcasting club ni kira macam kelab berita la. every morning aku sampai sekolah, terus pergi bilik multimedia untuk siap2 untuk BC. every morning kami akan broadcast and sampaikan berita la. aku pernah jadi anchor sekali je. hehe, lain2 aku cuma jadi camera person, handle sound ataupun visual. aku takmau explain byk2 sini sebab nanti panjang lebar pulak.

Yearbook Club pulak macam sidang redaksi la. buat buku tahunan. sangat cool ok. hehe, most of members dari BC ada dalam YC. and cikgu yang handle pun sama, Mr Neighnabour. i miss him like gila-gila ok! nanti balik rumah, aku scan yearbook tu and aku tangkap gambar card yang YC & BC bagi dekat aku hari last aku sekolah sana.

nanti ah aku sambung pasal last day of school, Aidilfitri & last day dekat sana. hehe, till the next post. toodles! :P

...to be continued


-Aina Shobri

2 comments:

budaksakba97 said...

style gila :)

Aina Shobri said...

haha, to be continued. leks. xD