Saturday, November 26, 2011

the memories: Phoenix, AZ 07' Part II

assalamualaikum wrt, peeps.

so here i am, nak sambung cerita haritu. cerita haritu adalah ini. tekan perkatan ini. hm okay, nak sambung pasal apa eh? oh ha, pasal last day of school, cuti & Aidilfitri. start dengan last day of school lah. hmm, specifically tak ingat la. tapi aku ingat antara perkara yang berlaku.

awal pagi tu, macam biasa tengah bertugas untuk BC. then tetiba anchor cakap ada perjumpaan yearbook club dgn broadcast club, serentak dekat bilik meeting, sebelah library. so kebetulan aku memang ahli both clubs tu, aku pun macam oh okay. kalau tak silap perjumpaan tu masa waktu Social Studies (sejarah). aku dahlah dok excited nak belajar pasal firaun mesir masa tu.. okay fine.

so turun jela pegi bilik meeting. elok aku nak masuk, Andie & sapa entah panggil aku pegi bilik BC. fine. depa cakap apa entah, lepastu panggil aku masuk bilik meeting. elok aku bukak pintu, gelap. peh aku pun macam.. what the... tiba-tiba.. SURPRISE! hamek kau bukak lampu, confetti meletup & aku mandi confetti. ngeh terharu!

serius wa cakap lu, aku tak terfikir pun dorg nak buat goodbye party dekat aku. serius terharu. kek, hadiah bagai. ya Allah memang terharu! mmg aku akan ingat depa sambil bila-bila doh ;D

okay next. vacation. woot! aku pernah pergi the sin city, Grand Canyon, Sea World, Disneyland & Flagstaff. sin city tu, Las Vegas ah. kota dosa. ok itu kelakar. kami dok hotel Circus Circus. memang la masuk-masuk tu terus nampak mesin judi bagai. aku ingat lagi, lepas check in tu, ibu & ayah rehat. so aku, kakak & angah pusing2 ah. kami pun masuk kawasan judi tu. niat suci, nak tangkap gambaq ja. hihi.

tiba2 ada polis mai. pergh memang ketaq lutut wa cakap lu. dia cakap kalau kami judi, sekepala akan kena saman 10k. dalam hati aku macam.. er hello mister! kami Islam la, kami pun tau kata haram benda2 ni. tak hingin pun duit kotor hmpa ni. puih. so kami pun blah. hihi :">

hmm apa lagi eh? ha masa pegi Grand Canyon tu. masa on the way, tak silap aku.. dalam pukul 4 pagi, berhenti stesen minyak. ayah nak beli rokok. biasa la tu. aku pun nak terkucil, turun ah. dengan tak pakai sweater bagai, rilek ja aku turun. bukak2 pintu ja, PERGH! sejuk ok. kereta yang kami sewa tu kan boleh tunjuk temperature kat luar, guess what? 4 degrees kot. i'm like. whaaa?! tak jadi terus nak kencing. hehe.

tapi sempat la jugak nak merasa kesejukannya tu. ada jugak la snow sikit2 dekat stesen minyak tu. ngeh3. and paling best, sempat tiup & keluar asap. kan dalam cerita omputih, kalau kita tiup tgh2 sejuk, akan keluar asap macam cool gila tu kan? haaa, i've done that :D

hmm next. sea world dekat mana entah. tapi dekat california la. Disneyland! haaaa ni memang best! duduk situ dari pagi sampai malam. sejuk? boleh tahan la. tak pakai sweater pun boleh tahan sejuk. ada satu ride tu, panjang gila barisan. kami pun decide nak naik malam ah. tau dak malam tu naik2, punyalah excited ingatkan apa.. tapi ya Allah hampa gila. the whole ride, "it's a small world!!" lagu yag sangat annoying T_T

lepastu tak silap aku, sebelum naik satu ride tu, aku keluarkan wallet aku.. yela, ride tu akan basah. so simpan la wallet dekat ibu. but entah macam mana, hilang. masa tu lepas raya, so segala duit raya aku hilang bersama wallet tu. but alhamdulillah, aku ada kad matriks aku dalam wallet tu. so pihak disneyland hantar balik wallet tu even though without the money. dekat 80 dollar kot tak silap hilang. takpala ;|

overall pegi cuti memang best. haaaa, masa raya! raya lagi masyuk. sepanjang bulan Ramadhan pun tak terasa macam bulan Ramadhan. yela, terawih dekat rumah je. masjid jauh gilaaaa, kena naik highway doh. so takpala, puasa tetap puasa. raya tetap raya.

cuba teka kami raya dekat mana.. ngee :D Hollywood bebeh! serius, tak tipu. tak caya tanya kakak2 aku. pagi raya tu macam biasa, pakai baju kurung n everything. bersalam2an, dapat duit raya and everything. cuma suasana lain sikit sebab dalam bilik hotel je. hehe. Aidilfitri yang paling unique yang pernah aku alami.

lepas bersalam2an tu, headed to satu dewan ni where budak2 University dekat sana sambut raya ramai2. ada la jugak relatives dekat sana which aku taktau macam mana boleh ada sana. so takpala, merasa la jugak sate, rendang, nasi impit and semua2 tu. alhamdulillah la kan. hehe. after that masuk kereta, salin baju, terus headed to hollywood. ngeeeee best3.

our kuih raya for that day is popcorn. jangan main2.. bukan calang2 popcorn tau. popcorn bersalut caramel & black and white chocolate. pergh, marvelous! nak tengok, tunggu gambar dekat facebook yeh :D

apa lagi eh? takdak dah kut. oh ha, feveret go-thru restaurant dkt sana is In and Out. strawberry shake dia sangat umph! hehe. apa2 pun, kenangan dekat sana aku takkan lupakan sampai bila2. pernah one time, aku & angah almost beli tiket untuk pegi konsert miley cyrus & jonas brothers. kebetulan masa tu dpa buat tour sama2.

haha sangat kelakar ok. takpala, tak pergi pun takpa. bersyukur. aku rasa kalau pergi.. sesat apa dalam stadium tu. ngeh! :P nantikan gambar dkt facebook okay. Phoenix forever in my heart. cewah feeling sat.

till the next time. adios!


-Aina Shobri

No comments: