Saturday, November 26, 2011

jom berhijrah? :)

Salam Maal Hijrah 1433H diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh muka bumi milik Allah ini. mudah-mudahan, peluang yang Allah bagi kepada kita untuk terus bernafas dan meminjam haknya tidak disiakan begitu saja.

mari kita sama-sama mendalami dan menghayati tema kita pada tahun ini iaitu Hijrah Membentuk Perpaduan Ummah. baru dua malam lepas, masa forum perdana di TV1 membincangkan hal ni. best. siapa tak tengok, rugi :P moga-moga kita sama-sama boleh berhijrah dari jahat ke baik, malas ke rajin, jarang ke selalu, pemarah ke penyabar dan sebagainya.. insyaAllah!

oh ya, sila berbangga kerana kaum kafir tertanya-tanya kenapa kita ucapkan 'Happy New Year' dan 'Selamat Tahun Baru' begitu awal sedangkan belum tiba 1 Januari 2012. inilah kelebihan kita sebagai umat Islam. bersyukur dan berbanggalah wahai saudara-saudariku sekalian v(^^)v

p/s: dekat twitter, Salam Maal Hijrah is trending worldwide. be proud! :D
p/ss: doakan ibu dan ayah saya selamat di sana! 27hb, Ahad ni mereka akan bertolak ke kota Madinah Al-Munawwarah.. take care ibu, take care ayah. ai lebiu! :D

No comments: