Friday, November 25, 2011

ibu, mummy, mama, ummi..

assalamualaikum peeps.

baru selesai tengok Tanyalah Ustazah dkt TV9. tajuknya pasal Ibu & Ayah. ya Allah terus teringat ibu & ayah. rindu gilaaaaaaaa esp ibu :(

sempat la jugak tangkap beberapa quote ustazah tu. hmm.. 7 Disember cepatlah tiba!

"Ada ibu tak? Kalau ada ibu, berlaku ihsanlah terhadap ibu dan ayah kalau nak diangkat darjat di akhirat kelak.."

"Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa dengan menajamkan pandangan kepada ibu dan ayah sekalipun dianggap sebagai anak yang derhaka.."

"Anak-anak wajib menafkahkan hartanya kepada ibu dan ayah."

"Jangankan kata 'ahh', tetapi dengan apa-apa perbuatan yang mengecilkan hati ibu dan ayah pun dikira sebagai menderhaka kepada ibu dan ayah."

"Kalau itulah yang kita lakukan kepada ibu dan ayah, maka jauhlah lagi keredhaanNya daripada kita.."

"Diwajibkan kepada kita untuk berlaku ihsan kepada ibu dan ayah."

"Menggembirakan ibu dan ayah adalah satu amalan yang dituntut oleh agama."

but one thing's for sure.. bila ustazah tu cakap pasal menggembirakan ibu dan ayah kita dengan kejayaan dan pencapaian kita, aku terus teringat result PMR. Ya Allah macam mana kalau aku hampakan ibu & ayah lagi sekali? cukuplah masa UPSR. tak sanggup aku ulang benda yang sama. tak sanggup aku tengok reaksi ibu & ayah masa aku dapat 4A 1B dulu.

aku nak tengok ibu & ayah senyum dan cakap, "macam ni la anak ibu.. macam ni la anak ayah.."
aku nak ibu panggil nama aku masa umumkan pelajar-pelajar yang dapat 8A.
aku nak tengok ayah senyum sepanjang hari ambil result tu.
aku nak menangis kegembiraan masa hari ambil result nanti.

amin, amin ya rabbal 'alamin.


-Aina Shobri

No comments: