Wednesday, November 16, 2011

flashback - cabaran mutiara 1 malaysia

aku pilih khemah no. 5, so barang-barang aku semua ada dekat sana. sebelah kiri aku bebudak SGGS. sebelah kanan aku bebudak Munshi. so aku sorang budak Sg Ara. kebetulan, siang tu (well, malam la) aku jadi ngam dengan 3 orang budak SAKBA. one of em ajak aku tidur sekhemah. aku dengan muka toya, terjah khemah dorg.

so the four nights, aku memang tidur khemah dorang je. LOL. kesian Syida sebab mengharapkan aku tidur dengan dia malam first tu. kesejukan kau eh? kebetulan, malam first tu hujan. so sebaik masuk khemah no. 6 tu, aku dah mengigil. Farah ajak aku tidur sebelah dia. then aku macam.. weh, kita tidur takde selimut ke? mati kesejukan la aku esok!

tibat-tiba dia keluarkan selimut. sekali angkat punyalah berat. tengok-tengok tu memang selimut asrama dia, siap berlogo lagi. peh, rajin gila dia bawak selimut berat ni. ok aku pun macam biasa, menumpang. malam tu, memang sejuk tahap gila. that morning masa terjaga pukul 3pg kot, rasa sebelah kiri aku berat semacam. kalih2, Farah peluk aku.

LOL, lepas tu tertidur balik. ....tiba-tiba aku terjaga, bunyi bising gila nak mati kat sebelah telinga aku.

"ishh benda apa yang memekak pagi-pagi buta ni?!" aku jerit; secara tak langsung mengejutkan Farah, Fiqin & Hanis.

"alarm hang la pandai." kan kena sedas. so lepas tu bangun dan mandi. sejuk gila!

oh those memories. rindunya! :(

No comments: