Sunday, November 27, 2011

cuti dan couple

assalamualaikum wrt peeps~

pernah baca post ni? Boyfriend/Girlfriend, Perlu ke? well kalau tak pernah, baca la. well.. aku sendiri rasa post tu tak cukup mengancam untuk menyedarkan orang-orang yang membacanya. post ni on the other hand.. senang, straight foward ja cakap. Budaya Couple Dah Jadi Perkara Biasa.

well, korang baca sendiri la post budak tu.. aku nak elaborat sikit je lagi. hmm, dah terang2 firman Allah dalam surat Al-Israk, ayat 32, "dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." not enough meh?

people, dah dekati benda tu pun Allah tak bagi, apatah lagi nak buat. macam budak tu bagi perumpamaan, kalau mak kita tak bagi dekat dengan komputer. nanti mak marah. kalau kita dah dekat & bukak? lagi mak marah. kena tibai siap paa. sama la dengan benda ni, dah dekati pun Allah marah, apatah lagi kalau buat. bukan Allah tibai, nanti malaikat yang tibai dalam kubur nanti. nak?


well tak banyak yang aku nak huraikan dari apa yang budak tu dah post. dah bila buat tu dah haram, apatah lagi perbuatan masa couple tu. sesetengah orang couple, tapi jarang jumpak & bila jumpak tak berpegang tangan.. hm, tu macam mana pulak? heh, sama ja. masih cakap ai lebiu, u lebme kan? masih ada perasaan cinta tu kan? masih berlovey dovey kan? berzina jugak tu. zina hati, peeps.

there's no such thing as bercinta cara Islam, kecuali bercinta lepas nikah. takdak maknanya. sapa nak post ai lebiu apa semua tu dekat facebook ka, blog ka, twitter ka, silakan. freedom of speech katakan. tapi, kalau dah Islam tu.. ingat sikit hukum Allah. think out of the box, kenapa Allah tak bagi?

well, dulu perempuan masa zaman jahiliyah dulu.. hamba, pemuas nafsu, dsb. dan bila Islam datang, serta merta martabat perempuan diangkat. tengok, IBU diutamakan. syurga ada dekat bawah tapak kaki sapa? ibu kan? bukan boyfriend T_T jadilah seperti mawar berduri di dalam kaca. indah dilihat, tapi hanya orang tertentu ja boleh sentuh. orang tertentu refers to muhrim & husband okay.

so aaanyways, sapa yang nak marah aku pasal post ni.. marah la. tapi kena ingat, dalam Islam ada batas. dalam Islam, ada hukum. dalam Islam, ada peraturan. kita sebagai penganut agama ni, kena obey sebab semua ni hukum Tuhan.

jangan risau, tak rugi la kalau tak couple. untung lagi ada. Allah sayang, keluarga pun suka, masyarakat pun senang hati. sebab apa, kita remaja ni adalah tonggak kepada pembangunan agama dan negara. we are the next generation. kalau kita pun hancur, bermakna agama kita pun bakal hancur. nauzubillah, mohon dijauhkan.

oh ha! and another thing, pasal abang angkat-adik angkat. kakak angkat-adik angkat. kalau kau perempuan, ambil kakak angkat.. tak kisah. sebab muhrim sendiri. tetapi kalau kau perempuan, ambil abang angkat. that, aku kisah. sebabnya lebih kurang macam couple je pun. tak percaya? ok meh baca ni..

bila ada abang angkat, gelaran dari aku-hang/nama-nama, jadi abang-adik. kenapa perlu berabang-abang ni? menimbulkan fitnah tau. sesetengah couple pun panggil abang-ayang. ew. bila korang pakai panggilan tu in public, orang automatically akan ingat korang couple. korang jugak dapat dosa, mak bapak korang jugak dapat malu. nak ka? erk.

bila ada abang angkat, mestilah abang tu akan 'ambil berat' pasal adik dia. everyday mesej. 'adik dah makan ke belum?' 'adik dah solat?' 'adik sihat?' bla3.. and the list goes on and on.. and at the end of the day mesti ada ungkapan macam ni.. 'adik, abang rindu adik..' 'adik, jaga diri baik-baik tau..' 'adik, kalau ada apa-apa masalah telefon abang tau..' 'adik, abang sayang adik. mmuah, nite' dan seangkatan dengannya. kan?

haa, tak ke lebih kurang tu? same goes dengan adik angkat. alorh, guys. kalau ye pun nak adik.. ambil adik yang sama jantina sudah lah. tak perlu kot nak ambil yang berlainan jantina kalau ye pun kau nak ambil abang angkat kalau takdak abang/nak ambil adik angkat perempuan kalau takdak adik perempuan..

ye, aku mengaku. aku ada ja adik angkat. but yeah, adik angkat aku perempuan. sebabnya aku takdak adik perempuan. salah? aku jaga dia sebagai adik, kebetulan dia pun takdak kakak. kami sama-sama perempuan. agama tak larang. tapi kalau dah berlainan jantina, ber-i miss you, i love you apa semua tu dah lebih kurang dengan couple ja.

tak perlu. serius tak perlu. dah besar kan? boleh fikir kan? haa, lu pikir lah sendiri. semoga ambil iktibar. thanks for reading. mmuaaaah ai lebiu olls :D

-Aina Shobri

1 comment:

Nur Adriana Syamimi said...

yess indeed ! t.kasih atas perkongsian