Friday, October 21, 2011

program cabaran mutiara 1 malaysia 2011 :)


assalamualaikum world! hello peeps :)

okay sekarang aku finally ada mood nak berblog. 17hb-21hb Oktober haritu aku telah berjaya menyahut cabaran mutiara yang bertempat di Pusat Kokurikulum, Jalan Muhibbah. ala, yang betul-betul sebelah sm sains tun syed sheh shahabudin kat bukit mertajam tuu. ha, yang tu la.

HARI PERTAMA

aku bertolak dari sekolah ke pusat koko dalam pukul 8 macam tu. aku stuck dekat sekolah for a little while sebab dia orang kalut pasal perhimpunan rasmi hari isnin. peh, cuba kalau aku pergi terus? konfom double kelam kabut. okay diam.

sampai dalam pukul 9 macam tu. lepas pendaftaran, macam biasa.. tunggu. by that time peserta dari Negeri Sembilan dah pun sampai awal-awal lagi. semua pakai baju "PUSAKO". Cikgu Arshad kata dpa orang indon. bahhahaha xboleh belah! okay, okay jahat. moving on.. masa pendaftaran tu, kami diberi nombor. macam ni: "P8" atau "L2" dan sbgnya. aku dapat P8. mula-mula aku dah agak dah tu nombor untuk kumpulan..

so dalam duk tunggu, aku pun mainlah game yang paling bosan dalam dunia thru hp. snake. epic lah kan. then tetiba mata aku ternampak perkataan "Delphinus" aku pun macam whaaa? dalam surat tu tak tulis pun sm sains kepala batas punya nama kan. then aku nampak Rafeeq. (well, dia sorang ah aku kenai pun) depa berlima. oookay aku pun seronok lah kan finally jumpak jugak mamat ni.

moving on, lepas tu majlis perasmian. then, start aktiviti ice breaking. mula-mula divided into groups. macam aku agak, kami masuk kumpulan nombor yang kami dpaat mula-mula tu. ahli kumpulan aku ada seperti berikut;

Hafiz
Syamil
Ariff
Wafi
Chia Hooi
Aqmal
Asyraaf
Fira
Mimie
Afiqin
Hafifah
Syidah
& Yours truly

so nama kumpulan kami diberi nama kawasan. cth: Nibong Tebal, Kepala Batas, Balik Pulau, etc.. nama kumpulan kami Nibong Tebal. menjadi sebutan jugaklah kepada para jurulatih. hihi, bangga gila. so kami ada buat beberapa aktiviti sebelum dan selepas solat zohor.

lepas zohor tu, kami ada buat satu aktiviti ni dimana satu kumpulan perlu ada 4 orang yang sama saiz (kalau boleh). setiap ahli perlu baring di atas paha ahli yang lain untuk membentuk sebuah petak. lepastu perlu bengkokkan kaki, angkat tangan, seterusnya... PUSHHH! tolak kaki ke atas untuk membentuk sebuah petak berdiri (aku pun taktau istilah apa nak guna)

hasilnya begini:

yes, itu adalah aku. berbaju hijau tu le. aku tak ingat pun berapa lama aku mampu bertahan. tapi alhamdulillah lebih lama daripada beberapa kumpulan lelaki. hihi, bangganyewww :P and the day goes on. malam tu lepas isyak, mula pilih penghulu dan penghuluwati. pada mulanya, dalam memilih penghulu, diaorang mintak voulenteer. untuk penghuluwati pun sama.

"ada sukarela nak jadi penghuluwati?...saya kira sampai 10. kalau takda siapa bangun...." aku pun macam, erk. takmau ah aku berkawad tengah-tengah malam tu. "7...8...9..." tup! aku pun bangun. entah apa punya pasai aku pun dengan muka sekupang, berdiri dan pergi ke hadapan. aiseh, muka tak malu ah! ok diam ah, faham-faham sendiri ah apa jadi kan.

kalau tak silap lepas tu budak orienteering ada briefing untuk esok tu and the rest kena pergi dewan makan untuk briefing paintball. then malam tu aku mula menumpang tidur dkt khemah orang. hehe, biasalah. aku kan tak malu.

HARI KEDUA

pagi selasa bermula dengan kelam kabut. aku mengaku, ramai tak mandi pagi tu sebab terlampau sejuk sebab malam tu hujan lebat baq kat ang! hihi. so lepas senamrobik, minum pagi. lepas tu terus start aktiviti orienteering & paintball. aku pilih paintball. setiap kumpulan paintball consist of 5 people. minimum, seorang perempuan. okayy fine. setiap kumpulan mendapat 2 kali peluang utk bertanding.

kumpulan aku hntar Hafiz, Wafi, Syamil, Aku & Fira untuk game pertama. as i expected, kami kalah. yela, aku baru dok syiok nak menembak, aku dah tertembak. terkena jari pulak tu. memang sedap! okay lepastu bincang strategi baru:

so for the second game, diaorang decide untuk hantar Hafiz, Wafi, Syamil, Asyraaf & Aku je. alhamdulillah, unexpectedly menang. peh, tak sempat nak rehat, terus go for third game. quarter finals lah. pergh seronok. seronok sebab menang ar. tak ingt lawan group mana but, masa quarter finals ni paha aku kena tembak, tapi pellet tu tak pecah, so lebam ar kan -.-"

habis quarter finals tu aku memang nak duduk. tak sempat duduk, dipanggil untuk semi finals. aahhh macam nak menjerit je aku kat situ. haa masa ni memang ah aku tak terkata apa. aku berjaya tembak 2 orang tema opponent. then tetiba aku nak mara ke depan lagi untuk ambil flag, tup2 muncul dari mana entah orang tu, bangun and tembak aku. directly dekat leher. peh tak tipu, sakit. jarak dekat wehhh. so aku pun masuk death zone. then tiba masa, switch glggng. utk semi finals ni, ada 2 game. idk why. so utk second game pun kami kalah. foinneeee.

well, lepas tu memang aku nak tidoq dah. tup2 dpa panggil untuk game penentu nombor 3 dan 4. okay yang ni aku tak tipu, aku penat gellll! dah tak terdaya actually. but aku gagahkan jugak sbb nak dpt nombor 3. tapi yang ni aku memang tak puas hati sebab bila aku tembak orang tu and aku rasa kena, aku pun jerit ah "Paint Check!" but aku geram ref tu tak pi check pun. sia-sia ah kan -.-" fine ah, aku tak kena tembak utk game ni but kami tak cukup masa. same goes for the second game.

ha tapi utk second game tu aku kena tembak terok. sama macam game semi. kena tembak dkt paha, tapi pellet tak pecah. pergh!! dua tempat berbeza, dkt paha yang belah sama. aishh. nvm, so kami ended up buat third game. game tu hanya kena tinggal 2 of the best players. share2 pellet. but yeah, rezeki kami takat nombor 4 sahaja. kami bersyukur je sebab dapat jugak ranking. alhamdulillah :)

okay ptg tu kami buat wall climbing. jurulatih tu cabar kami, siapa dapat sampai 2 dari atas tu, dia akan bagi 2 t-shirt. pergh berkobar-kobar semangat aku. tapi malangnya, oleh kerana paha aku yang ditembak awal hari tadi, kaki aku tak cukup kuat untuk menolak aku naik lagi. aku redha ja sebab aku tau kalau Allah tak bagi rezeki masa tu, Allah bagi masa lain.. :)

malam tu ada briefing pasal hiking esoknya.. then, tidooooo.

HARI KETIGA

we started of the day with bangun seawal 4 pagi, dan terus bertolak ke kebun bunga pukul 5 pagi. sampai pukul 6 pagi, then start hiking pukul 8 pagi. peh mula sloow je and kami sampai ke atas kira-kira pukul 10.30, 10.40 camtu la jugak. peh, sampai tu rasa bersyukur gilaaaa. tau dak masa nak naik ikut jalan tar tu kan.. ya Allah seksa! curam gila. cam nak teyak ja aku. sampai atas, lega lah sikit dapat minum air, relek2 dsb.

haa then turun naik cable tu. ya Allah sakitnya hatii. dahlah padat, berkuap, bermacam-macam bau ada. pastu cable tu jalan, henti, jalan, henti, jalan, henti. haishh! sampai bawah tu, bukak2 ja pintu, legaaaaa! dapat aku hirup oxygen yang segar. syukurr.

after that kami bergerak ke masjid negeri untuk makan tghri dan solat zohor. peh, ni part memalukan. malam sblum tu dorg cakap nak bertolak pukul 2.30, pukul 1.50 camtu kami pun bergolek2 ah lagi kat dalam masjid tu. then tetiba Fiqin nampak macam lenggang ja, dia pun ajak keluar. peh! tengok2 semua dah takda. kami pun apa lagi, cabut ah!!

malu baq kat ang. tkpala, then bertolak ke bandaraya georgetown. specifically, rumah p.ramlee. excited sebab kami dapat VIP treatment. JPAM iring kami everywhere! kekekeke. then plan nak ke muzium negeri & padang kota lama. tup2, hujaaaaan. kami pun terpaksa balik awal. nasib baik ikut plan asal balik naik feri, then naik bas kat stesen kereta api.

malam tu ada briefing pasal esoknya. then, lelaaaap :)

HARI KEEMPAT

hari ni ada eco challenge. memang best. ada 3 phase. phase pertama bermula dari SMK Batu Kawan ke Jetty Batu Musang. phase kedua dari Jetty Batu Musang ke Jetty Pulau Aman. phase ketiga sekeliling Pulau Aman. aku dengan konfidennya pilih phase ketiga sebab ingatkan senang. bila dah start challenge.. hambek kau!

so mula2 kami ke SMK Batu Kawan, untuk perasmian apa entah. lepas tu budak2 fasa tiga pun ke jeti untuk bertolak ke Pulau Aman. kat sana, kami start bina rakit untuk fasa 3.3 (aiseh, ada point2 plak..) tunggu punya tunggu punya tunggu, sampai pun bebudak fasa 2. peh. last pulak tu. takpa la, kami redha.

kami mula dengan explore race. ala, 4 checkpoint aje pun. cp pertama kena nyanyi lagu pusat koko. pergh semangat gila baq kat ang! hihi. cp kedua kena cakap falsafah pendidikan negara (JERI). perghh thanks to bahas! :D cp ketiga kena cipta pantun. peh, 3 kali buat doh. cp keempat kena tembak guna paintball bg kena sasaran. then terus start hiking.

here comes the 'fun' part. bapak ah, CURAM GILA!!! dengan lumpurnya, dengan licinnya. nasib baik abang-abang JPAM tu ada. but masih serba salah sebab sampai tahap nak terjatuh and terpaksa grab tangan dpa. okay tutup kes. then bila sampai atas, masa turun tu sebijik macam turun slide. best gila. setiap kali Fiqin turun, sampai dekat pokok, bermacam-macam bunyi keluar. hihi soe Fiqin :P


then part yang aku tak boleh lupa is bila Wafi jatuh gedebuk! kekekekekeke. then habis hiking, kena jalan sikit pusing pulau utk ke tempat kami bina rakit tu untuk mula berakit. aiseh, dengan arusnya, dengan anginnya. aku tak tipu, memang aku tension. oh haa, masa hiking tu, seluar tu terkena duri apa entah dekat satu pokok ni. then aku dengar bunyi seluar terkoyak, aku check merata, takdak pun. so takpa ah.

masa berakit tu, tetiba aku perasan, besar gila koyak. benda tu dah alihkan fokus aku. macam nak meraung je aku. dengan jurulatih dekat shore dok jerit2 suruh cepat. kami pun berhenti la nak dengar dorang cakap apa, tetiba dorg menjerit suruh go on. macam-macam perkataan keluar, huarghhhh.

then dah 3/4 nak siap, dorg suruh patah balik. mau tak sakit hati. penat kami lawan arus, penat kami berakit, suruh patah balik. ye, kami sedar kami kumpulan terakhir.......>_< then masa nak turun tu, er, takyah cerita la. biar ia menjadi rahsia antara kumpulan aku dan jurulatih-jurulatih yang ada.

lepas tu rehat kejap, then balik. malam tu ada malam kebudayaan. hehe,the night aku memalukan diri sendiri. yela, aku tak expect pun diaorang betul-betul nak bagi aku satu slot. so aku pun kalut lah carik baju. last-last pinjam baju Rafeeq. thanks Rafeeq! :) aku buat persembahan pembukaan. nama pun bunga sembah.

sejujurnya, aku bantai je apa buah yang aku ingat. banyak cacat cela actually. biarlah, orang tak perasan. haha. okay lepas tu start makan. nyum nyum. makan nasi goreng, sate, hotdog, nuget & fries. lepas tu ada lah lagi bebrapa persembahan cool punya.

afta that balik khemah, tidur. this is the last night together. sedih jugaklah ;\

HARI KELIMA (FINAL DAY)

harini boleh bangun lewat sikit. lepas solat subuh, macam biasa, senamrobik. buat betul-betul ah kali ni sebab last day kan. hihi. lepas tu minum pagi, then terus pergi dewan utk majlis penutup. berapa kali tah berlatih. then finally VIP sampai.

mula2 nyanyi negaraku, ucapan wakil peserta (Rafeeq) then video. lepastu bagi hadiah untuk setiap kategori. kumpulan aku dapat hadiah untuk paintball je, bersyukur jelah. best group is Pulau Aman. sebab johan untuk pertd Eco Challenge & pertd Orienteering. then anugerah utk peserta lelaki & perempuan terbaik. lelaki goes to Rafeeq. unexpectedly, perempuan goes to yours truly. bukan nak menunjuk but, aku masih tertanya-tanya camna aku bleh dpt. aku bukannya buat apa sangat pun o_O

then ucapan sikit, lepastu apa jadi aku tak ingat. hihi. then nyanyi lagu 1 Malaysia, yang Limkokwing punya version tu. pergh jadi semngt patriotik sebentar. serius ah, nyanyi lagu tu ramai-ramai jd semangat oh! dengan dok lambai2 topi semua. perghhh.

lepastu macam majlis perpisahan sikit. dok dalam bulatan besaaaaaq punya. then salam-salaman. ada yang menangis. aku nak nangis tapi tak sanggup. haha aku kan orang macho, mana bleh teyak. jatuh standard aku. kekekeke. lepastu bergambar ramai-ramai. thats when it hit me. the camp has ended. sangat sedih. sebak.

then pergi makan dkt dewan makan. makan nasi ayam. sedap gelll (yala, dah 4 hari makan 'sedap', dpt makan nasi ayam kata sedap ah. hehe) lepas tu plan nak tangkap gambar ramai-ramai, ended up cikgu dorg dah sampai. uwaa ;\ tkpa la, sempat gak tangkap dua, tiga. here they are.


Hanis, Farah, *aku*, Afiqin

No comments: