Thursday, October 13, 2011

pmr ended la weh.


assalamualaikum!

ehhem, alhamdulillah pmr ended about 2 days ago. haha and aku dah mati akal nak buat apa sepanjang 2 bulan setengah ni. yes, aku dah ada planning. nak belajar masak as soon as ibu and ayah pergi haji (insyaAllah), lepastu nak siapkan novel yang dah laaaama nak siapkan, lepastu nak jumpak kawan-kawan yang dah laaaaaaaama nak jumpak!

so harini dah hari khamis. yet, aku belum buat apa-apa yang produktif. tidur lambat, bangun lambat, makan suka hati, solat lambat, baju tak lipat, omg sumpah rasa tak terikat dan rasa taktau nak buat apa. kalau pergi sekolah pun, aktivit yang sekolah anjurkan.. frankly.. sangat boring! indoor games tak sudah. malas lah aku fikir pasal sekolah kan, tak pergi pun tak rugi apa. cuma nak summarize abt the pmr papers.

bm wasn't that bad. boleh buat (lol semua paper aku cakap macam tu) utk karangan, if i'm not mistaken aku pilih yang hari guru. sebabnya, ada experience handle majlis tu. hihi, i even wrote about my performance dgn Ming Fu. and yeah, tekaan ibu about that mmg tepat. tu je pun.

english was okay. cuma tajuk essay bosan. agama was terrific. soalan spot haram satu pun tak masuk. kecuali Sayidina Umar Al-Kattab. bengang tu tak sangat, tp kesian kawan-kawan aku yang memang baca topik spot 100% tu jela. geografi was alrightt, agak lain sikit cara dia tanya soalan berbanding dgn past year quests. tapi alhamdulillah boleh jawab.

science, ahaa kertas 1 ada yang alhamdulillah sekali pandang boleh jawab tapi ada yang kena pandang berpuluh-puluh kali jugak meh. takpa, ada peningkatan dalam brp banyak yang betul tu, alhamdulillah :D kertas 2 pulak aku bersyukur sebab trial negeri pernah keluar dah pasal acidic & alkaline tu. pasal red indicator, bleh jwb sbb pernah keluar dalam exam pertengahan tahun form 2, hihi alhamdulillah :)

sejarah! ahaaa the subject that semua orang kata susah -.-" truthfully takda la susah mana. cara persoalan dia lebih ringkas dan straight foward berbanding dengan past year kalau korang perhati betul-betul. maths was awesome. alhamdulillah lebih mudah berbanding past year (actually past year semua senang -.-") and cikgu maths aku sendiri kata maths kertas satu patutnya semua dapat 40/40 sebab soalan2 yang dia tanya is tahap sederhana.

last but not least, khb. mcm kita semua ketahui, dia soalan tertutup so taktau bentuk soalan mcm mana. yes, bila dapat kertas tu, belek2 aku terkedu sebab nampak beberapa soalan yang aku tak pernah jumpa sebelum ni dalam mana-mana latihan. but bila baca balik, rupanya dia putar belit je. tapi ada jugak 2,3 soalan yang aku betul-betul tak konfiden. dari dulu smpai skrg, aku takut subjek ni je.


okay now that's done.. aku taktau nak cakap pasal apa dah. sabtu ni, sekolah sains kesayangan ayah aku tu ada majlis apresiasi untuk student f5. so ayah dijemput sbg tetamu VIP lah. macam biasa, aku nak menyelit jugak :D tapi the unexpected thing is, jumaat lepas, dorg punya PK 1 contacted my dad and cakap nak bagi anugerah to him. he was like whaaaaaaaaa?? mmglah terkedu. sapa tak terkedu baru tolong sikit orang nak bg anugerah dah kan?

whatever it is, ini rezeki ayah aku and aku tumpang bahagia (yala, sebab aku boleh tumpang ikut sama jumpa kawan-kawan aku :P) haha okay, okay macam jahat pulak mengambil kesempatan. so guys, jumpa sabtu ni okay! clue sikit pasal baju batik aku: it's purple! :)

ha, teringat pagi tadi pergi sekolah tu. hehe, ya la. ayah nak buat follow-up terakhir dengan fivers sekolah tu. kan aku dah kata, ayah mesti rasa sayang punya dkt depa. hihi. so yeah, apa lagi. skip school and ikut ayah lah! haha. plan nak bertolak pukul 7.30, last2 bertolak pukul 8. okay fine. sampai dalam pukul 9 camtu. masuk ja library, fivers semua berdiri sbab apa xtaw :P

then mula, aku pun dengar jela. dalam pukul 10 lebih camtu ayah amik take 5 kejap. nak charge batteri la apa lagi :P so aku pun keluar sama sebab sejuk gila! keluar ja, baru jalan across dataran tu, aku dengar orang panggil "kak Aina!" aku pun kalih ar. tengok2 orang yang panggil tu dari tingkat atas. aku pun terkedu sbb tak cam muka dari jauh.

"nak panggil emy?" aku pun angguk jela. dengan tengah segan semua ada. bebudak sekolah tu dah mula tengok aku pelik. dahlah masuk sekolah orang, tiba2 nak jumpa budak dia sesuka hati. zzzz. then dalam duk tunggu, terdengar... "KAK AINA!!!" haa tedia aku kenal sangat suara tu. sapa lagi. pastu aku pun nampak dia lari turun tangga. ishh tak padan dengan sakit lutut tu.

pastu dia sampai ja, terus lari peluk. ish dahla belakang aku longkang. jatuh tu tadi best ah. drama sat depan kawan-kawan dia. aku memang dah segan tadak tahap dah. sembang2, dia ajak naik kelas. okayy fine aku memang nak ikut pun cuma SEGAN! so naik ja, dia nak makan. okay fine takpala. then masuk kelas dia, ada la beberapa classmates lagi. surprisingly, dpa kenal aku. lagi terkejut.

then tetiba ada seorang makhluk berbaju kuning muncul dkt belakang kelas. dari jauh mmg tak cam muka. dia masuk, then dekati meja kami.. emy tegur, "kak caah!!" aku pun macam, huh? sarah? serius tak tipu tak cam langsung sebab dia pakai spek. sorry sarah :P then salam, pastu terkedu. yes, aku sekali lagi taktau nak cakap apa sebab segan. ishh, segan lagi.

then tetiba bebudak laki kelas dia masuk, aku apa lagi, cabut ah. then turun, dia basuh tangan, sembang lagi, then berpisah sebentar. and aku masih ingat sarah sembang dgn emy macam ni.

emy: eh, kak caah nak balik esok, tapi sabtu ni mai?
sarah: ha, awat?
emy: pasepa nak mai?
sarah: dah nak jumpak aina.

peh, kembang kot! hihi. aku pun dalam hati kata la, ni dah jumpak? pastu automatically emy tetiba cakap "tkpala, sabtu ni hilang kekok kot.." hihi, insyaAllah. ngehh :P lepastu aku tak ingat apa jadi.

dah. aku penat taip. nanti pulak. sebelum aku pegi cabaran mutiara tu aku post okay. goodbai. i miss them already :P


-Aina Shobri

No comments: