Monday, April 25, 2011

sebuah pertemuan - motivasi sentuhan qalbu dihati (Y)


assalamualaikum :)

aina tak dapat peluang untuk luahkan apa yang aina rasa pasal kem tempoh hari, kan? ala.. kem yang dekat mahaad al-mashoor tuu :) hehe, ingat kan? well.. aina tak cerita dekat sini pun sebab.. entah. tak terasa nak cerita pun. well, this post is dedicated specially to geng MSQ yang terhebat!

tipulah kalau kami kata kem haritu tak bagi impak apa2.. hehe, mari kita buat perbandingan. kalau dulu jumpa kawan, sengih je. takpun pandang pun idak. sekarang? bagi salam siap bernada lagi. kadang2 ada jugak yang SS. hehe, salam sunnah~ kalau dulu kami keja gaduh je.. sekarang? senang je nak get along. bergelak tawa semua ada. terasa seronok :) kalau dulu kami nak bersembang pun susah, sekarang? rasa macam tak perlu dah nak susah payah cari attention kawan tu sebab terasa mmg dah ada ukhuwah yang terjalin.

best kan bila ukhuwah terjalin antara kita semua? terasa tenaaaang je. terasa diredhai. tak pulak rasa resah gelisah sepanjang masa, kan kan? ha! satu lagi. tips yang alang bagi untuk rukuk dan sujud tu. kami praktikkan tau.. hehe, sekarang semua semakin fleksibel dan ramai tak mengantuk dalam kelas dah. hehe..


macam-macam yang nak diluahkan. tapi.. entah, tak terkeluar pulak. macam benda tu nak je disimpan dalam kotak ingatan dan taknak share dengan sesiapa. hehe takdelah. kem ni ibaratkan spt mengajar kami untuk mengenal diri kami, dan mengajar kami untuk mendekatkan diri kepada Allah. untuk meletakan Allah dalam kehidupan kita. untuk meletakkan Allah di dalam hati kita. untuk mengutamakan Allah walau dlm apa jua keadaan.

bangun tidur, senyuuum je. kenapa? teringatkan Allah. teringatkan tips yang alang kasi. senyum, dan sebut "alhamdulillah, terima kaaaasih ya Allah sebab bagi aku hidup.." dan begitu jugak dgn benda lain mcm makan, mandi, pakai baju, belajar, dsb. sekarang ni jugak kami baca doa dsb semuanya berlagu. hehe. doa makan pun ikut lagu tau! ngeh3!


tasbih kifarah, doa makan, even al-fatihah! sekarang ni kami baca surah bersama tafsirannya, berlagu. hehe ingat kan semuaa? secara jujur kami nak cakap, kem kali ni batul2 'masuk dalam'. hehe sebab apa ye? entahlah. yang pastinya cikgu2 pun cakap, banyak perubahan yang cikgu2 nampak dalam kami lepas balik kem. hehe. semuanya nak Salam Sunnah ye? hehe sampaikan cikgu2 tak larat nak bersunnah dgn kami..

oh ye, boleh tak kami nak dedicate lagu ni dekat alang naemi, kak ukhti, kak ayu, kak fiqh, abang haz, abang ude, abang fir, abang afiq? oleh UNIC. tajuknye, Sebuah Pertemuan. unik kan lagu ni? sebab tu kami nak dedicate untuk semua warga MSQ. kami harap sesgt korg dtg lagi. semoga ukhuwah yang terjalin antara kita semua berkekalan hingga ke akhir hayat, insyaAllah~

KEM.. RANTAIAN KASIHH, MASYUUUK! ALHAMDULILLAH! :D


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

p/s: kak ayu! sori sangat sangat, tak sempat nak perform lagu untuk kak ayu. nantikan surprise untuk kak ayu nanti. kami janjikan 8A, insyaAllah.. insyaAllah.. insyaAllah.. ada jalannya! hehe :)


Aina Shobri & Liza
PB005K001

5 comments:

Frank Juwe Altamirano said...

hehehe..thankz dik ye..alhamdulillah terime kaaasih ya Allah..jika kita berniat untuk membuat sesuatu kerana Allah..pasti Allah akan bantu kita...insyaallah...

Frank Juwe Altamirano said...

Frank Juwe Altamirano tuh abg haz tau...hehehehe..saintifik sikit nama nye...

F@QIHFIQH said...

terharunya dgn post ni..doa dr kami sentiasa utk adk2 kuat dan istiqomah..do keep in touch k..lev u :)

Aina Shobri said...

abg haz - sama2 :)
kak fiqh - haha terharu ke? oke2, nnt dpt result ppt kmi inform akak2 kay :) syg akk jgakk.

alang naemi said...

Alhmadulillah, Terima kasih ya Allah...bestnye dgr kesannya...smg ia berterusan...tahniah smua!!! -alang naemi-