Tuesday, March 29, 2011

Pertandingan Bahas Ala Parlimen Kelompok M4 :D


assalamualaikum everyone :)

harini, 30 Mac 2011, berlangsungnya parliamentary style DEBATE competition yang berlangsung secara live di MRSM Balik Pulau. and guess what? dengan aina shobri yang tak prepare betul2 pun boleh dapat third placing. nak lepas first round pun tak sangka, apa tah lagi nak menang third place. ohh apekah xD

first round dapat jadi opposing team and goverment-nya adalah.. jeng jeng jeng.. cuba teka? ngeh3. tuan rumah sendirii. tajuknya 'Beauty is more important than Brains in today's world' masa tu memang cuak, sebab diaorang semua nampak prepared and aina shobri ni sendiri tak prepare apa-apa. dalam kepala otak pikir homework saja. maaf ya, teamates sekalian. okay kemudian kami menang (masih ragu2 macam mana kami boleh menang)

then cabut undi lagii. secara tidak langsung, 'tangan ong' aina shobri ni telah mencabut nombor 1. so maknanya, kami dapat goverment bagi tajuk kedua iaitu 'Mobile Phones should be allowed in Malaysian Schools'. hmm, cukup sempoilah. haha, tapi kalah kpd SMJK Sacred Heart. mmg tak kisah sebab mmg takmau masuk final atas sebab2 yang berikut:
a) aina shobri demam. lantas, tdk dapat bercakap dgn baik.
b) aina shobri sakit tekak. lantas, malas nak cakap banyak2.
c) aina shobri mmg takmau masuk final. TAKUT MENANG. ngeh3.

okay tutup kes. point post ni adalah untuk post tentang pertandingan bahas ala parlimen peringkat kelompok M4 yang berlangsung di SMK Seri Balik Pulau. hehe, saya akui, pertandingan tu sangat best walaupun dah start demam.. hehe.

bermulanya al kisah kamii.. mula2 berkumpul dkt sekolah macam student biasa. then tunggu van sampai, barulah bertolak ke smk seri balik pulau. fuh, dalam perjalanan sembang tak henti sebab semua dah naik car sick, esp aina shobri and kak fatinn. haha sumpah tak tipu, macam nak muntah. tapi sbb sembang tak henti, hilang rasa nak muntah tu. ngeh3.

then sampai, silap masuk pulak. ish, prefect dgn pagar tu bukannya nak tegur. 'boleh buat fight oo!' haha, then pusing belakang, ke dewan seri. so yeah, dahlah masa tu student SMKSBP ramai, semua siap berpakaian sukan lagi. macam nak sambut kedatangan kami pun ada jugak. hehe. then terus masuk dewan.

lepastu cabut undi. cabut2, dapat kertas bertulis "D: Kerajaan" then terdetik kat hati.. 'fuhh! nasib baik kami prepare both speech! aaa sukanyaaa :DD' then terus gerak ke bilik kuarentin. hehe, bilik tu ada gong segala bagai. lupa lak tangkap gambar sbb kamera ada dgn yang lain. so dalam tu kami buat last minute practice, then 45 minutes dah berlalu, kami pun gerak ke bilik KAA, SMK Seri Balik Pulau. (bukannya tau pun maksud KAA tu.. hehe)

first round againts SMK Raja Tun Uda. taknak describe banyak2 pasal round tu. just that, alhamdulillah la.. hehe ;) lepas sudah first round. aina shobri bangga gila masa sebut 'saya selaku perdana menteri pada hari ini....' hehe, ala-ala menteri sebenar kata ketua juri. hehe, buat aina shobri kembang ja!

then rehat jap, cabut undi untuk pusingan kedua pulak. masa ni agak bengang la sebab cabut undi 3 kali. hurh, mula-mula dapat kerajaan, then dapat kerajaan lagi. but then the third time, cabut2.. dapat pembangkang. oh masa tu kecewa gilaa. takpa la, kami tetap bersyukur sebab kami prepare both speech awal-awal. then terus gerak ke bilik kuarentin.

masa tu la idea datang melimpah2. fuhh masyuk! okay kemudian kami dipanggil untuk pusingan seterusnya. bilik pertandingan kat surau (sebelah bilik kuarentin jee). but as soon as the judges sampai, kami tukar tempat ke bilik tadi (Bilik KAA) so keluar la balik. masa keluar tu, terbuat eye contact dengan salah sorg pihak lawan. kinda cute. tapi, agak menakutkan sebab the whole time dia stareeeee ja.

*tuu yang duk kat blkg tu, made eye-contact with him ;P


oh yeah, kali ni berlawan dgn SMK Teluk Kumbar II. then bila sampai, terus start. agak gerun dengar perdana menteri diaorang berucap. but then, macam tadak isi pun ada jugak (sorry! hehe) so aina shobri pun bidas saja ikut suka hatiii. hehe, then sentuh pasal isu kos, dsb. hana pulak sentuh pasal isu sosial dan politik, then kak fatin mula untuk fire dengan M-16. kah3, terdiam woo diaorang!

mula-mula tak nampak peluang untuk menang, tapi lepas ucapan penggulungan, alhamdulillah, para juri semua senyum. nampak macam kami ada peluang. akhirnya kemenangan berpihak kpd kami, speaker dewan pun cakap "dengan ini diumumkan.. usul kita pada hari ini.. ditolak" dengar2 tu, jatuh jantung aina shobri! haha, macam tak percaya! kiranya, secara automatik masuk final round. hehe :)

so lepas tu kami pun makan duluu. pergh, lapar gila kot! 4 kali bercakap, tak henti (ucapan pembahas pertama & ucapan pengulungan) then lepas makan, masuk dewan. gitau cikgu zurita.. dia mcam tak percaya. haha, percayalah cikgu! then cabut undi lagii. alhamdulilah, sekali lagi rezeki kami murah.. dapat pembangkang sekali lagii. hehe :)

so terus ke bilik kuarentin tanpa melengahkan masa, masa tu dah pukul 1.40ptg.. oho, kuarentin kejap jee. sampai pukul 2 ja, kata diaorang. takpala, redha. kami just rewind balik apa yang kami cakap tadii. aina shobri hanya perlu amik isi baru dorg ajee. so yeah, walaupun terketar2 melangkah ke dewan, kami tetap gagahi juaa. hehe, ramai gak yang jadi penonton.

oho, lupa nak cakap.. kami berlawan dengan SMK Batu Maung. and guess what? musuh lama kami lah! hehe, kami bertemu dengan SMK Batu Maung pada pusingan pertama, tahun lepas. kali ni, pusingan terakhir pulak bertemu lagi dengan wajah-wajah yang sama. serius, tak tipu. dari pembahas pertama sampai kelima, diaorang sama je. huhu.

oh yeah, tak lupa. masa membahas tu.. sumpah sakit hati gila babun punya. mencabar kesabaran betul dengan mimik-mimik muka yang tah hapa2.. saja nak carik pasal la tu. masa ucapan first aina shobri, masih sabar sebab menteri pertama dia belum bercakap. then bila menteri pertama dia cakap, fuhh tak tipu. memang bengang! apa kami tak cakap, pandai2 ja dia menambah.

masa ucapan pengulungan aina, haha.. memang terkedu ah diaorang. takleh cakap apa. wek, padan muka! walaupun tak konfiden boleh menang, asalkan kami dah berjuang mati2an.. hehe. then bagi masa untuk juri kira markah apa semua, amik masam 3-4 minit jugak. dalam tempoh tu jugaklah kami dok ketar tak habis2.

masa tu jugaklah kami tadah tangan dan doa moga2 rezeki kami murah. then saat speaker dewan nak bercakap, jantung bagaikan terhenti. dia pun dengan selambanya berkata.. "dengan sukacitanya saya mengumumkan, usul pada hari ini.. DITOLAK!" makk aih! terkejut beruk dibuatnya! for real?? menang ka weh?

ohh my, serious tak jangka. kami pun dah terlompat2 apa tah lagi cikgu2.. hehe, betapa leganya hati kamii. so lepas penyampaian hadiah, agak-agak dah dalam pukul 3.20 macam tu kot? so kami pun gerak pulang lepas menggila tangkap gambar. hehe, pastu kami singgah sekolah dulu utk solat zohor.. hoho, then turun balik dan lintas jalan utk ke KFC, cikgu belanja! hehe (tapi tak puas makan..)

hanya tuhan saja yang tahu betapa bersyukurnya kami lepas dinobatkan johan pertandingan pada tahun nii. fuh, kalau sebelum ni nak lepas pusingan pertama pun cukup susah, skrg ni kami dh berjaya melepasi kesemua pusingan dan insyaAllah lepas ni ke peringkat negeri pula.. di peringkat tu, lagi mencabar. insyaAllah, Allah permudahkan semuanya :)

dengan ini, aina shobri mengakhiri post kali ini dengan menyatakan bahawa, kami sangat gembira bila menang! hehehe.. moga-moga kami mendapat rezeki murah yang sama di peringkat negeri nanti.. insyaAllah.. nantikan kemunculan SMK Sungai Ara di pertandingan bahas ala parlimen peringkat negeri, 2011.. hehe :)

p/s; siapa tak bangga bila menang johan? ngeh3.. now back to my studies ! homework banyaknyaaa :(



Aina Shobri
PB005K001

4 comments:

Farhan Zafry--;LITHIUM said...

salam.. pembahas sg ara ek???

Farhan Zafry--;LITHIUM said...

nanti kita ada perancangan bersama

Anonymous said...

Tahniah atas kejayaan. Jika tak silap saya, peringkat negeri dijuarai oleh SMKA (P) Al-Mashoor, betul tak?

Harmi Mohammad Jamil said...

Dijemput pasukan bahas sekolah Saudari untuk menyertai program bengkel bahas pada 26 Januari 2013 bertempat di Bangi. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, bolehlah melayari blog http://belajardebat.blogspot.com

Terima kasih.