Friday, March 11, 2011

fuh, mood swings.

assalamualaikum wrt.

helo everyone. today mood swing sgt banyak. idk why. maybe sebab cramp kaki sebaik sampai rumah. rasa cekang semacam dkt betis kaki kiri. adeh. seemingly ayah tak balik dari keja lagi, ambil decision utk urut sendiri and then tido. bangun2, terus takleh berdiri. hahaha baik punya la weh. decided utk buat keja gila, lompat2 sampai tak rasa sakit. haha but last2 tambah sakit. sukanya -.-"

oh yeah. pagi tadi ada merentas desa dkt sekolah. so, started off with stretching dkt court basketball depan kantin tu. then beg sekolah budak f3 letak dkt kelas 3 Ikram, blok A.. aku masih musykil knp beg budak f3 ja yang letak situ sebab f1, f2, f4 dgn f5 semua letak beg dalam dewan. musykil2. then perempuan f3 pun lari naik atas utk start lari.

sempat jugak merasa tangkap gambar pakai kamera mr Koay :) haha tau cemburu ye kawan kawan? well, biasalah. aku pandai bodek. hehe. then start lari. mula2 duk belakang. seemingly nampak ramai dok buat macam tu jalan yayasan bapak anda, aku pun mula memecut sebab takmau ketinggalan macam last year. so track tak ubah pun, cuma penjaga checkpoint ja yang berubah. hoho.

mula2 lari belakang syamira and budak f2 ni, izan. well, i call her ijan :P then nampak dorg berjalan, aku pun mula memotong. hehe. first checkpoint jumpak cikgu khairul and budak2 laki 4A. sampai checkpoint 1 nak ambil getah, semua pon menjerit "go go Aina! toksah baloq!"haha. dari sekolah sampai belakang masjid aku jogging. then jalan jap sebab semput.

all the way jumpak ja orang dok menjerit kat aku. tapi tak dengaq pun sebab sumbat telinga dgn earphone :P then masa lalu dkt pasar pagi bukit gedung tu, jumpak cikgu arshad. pause sat ipod, then dengar la cikgu kata, "belakang kamu orang dok kejaq, cepat cepat!" aku pon takmau la kalih, terus pecut. then sampai belakang Tun Uda, cikgu shahrul jaga checkpoint situ. adehh, aku dah la dok serabut, peluh2, muka dok merah semua cukup.

then masa patah balik, the others baru start nak datang. dengar la jugak dpa bagi semangat.."chaiyok2 aina!", "go go hijau!" and byk lagi. hoho. sebab aku sumbat telinga and masa tu play lagu Time Of My Life - BEP, aku pon bukak kuat2 ah. malaih nak pause. hehe. cikgu mazida pernah pesan, masa lari, orang cakap apa pun jangan respon. aku pon tak respon la, apatah lagi nak senyum. habih tenaga aku ja.

then sampai bawah titi/jambatan tu terserempak dengan cik adik junior yang comel-comel belaka. aku tak perasan pon actually, tapi aku terdengar suara jerit nama aku, aku pon pandang la. dengan muka dok fokus nak berlari, mesti huduh gila babun, kan Sofia? haha. so aku pun teruskan berlari. tapi semput, aku jalan jap. sampai dekat corner depan gelanggang futsal tu, ada checkpoint lagi, Yuzrah, Aslam, Lum ada kat situ. dari jauh lagi dpa dah jerit. haha aku pon terpaksa lari, satg dpa marah aku.

so aku pun lari jap, tapi depan surau area nak sampai kuaters guru tu aku jalan. then masuk kuaters guru baru start lari balik sebab takmau kalah dengan ijan. hehe. well, actually jalan jap dengan dia, then lari terus. ala takpa, dia pun rumah hijau. cikgu Pui pun teguq, "semangat hijau nih, dari depan tadi hijau saja!" hahahaha. well, kena tau.. hijau akan menang lagi this year :D

so sampai dekat tangga tu, aku skip 2 steps at a time. then dengar cikgu Laili suruh hurry up and dongak atas. aku dongak ja cikgu dok tangkap gambar. oh bagus lah sangat, orang dok serabai dia boleh tangkap gambar pulak. then aku lari lagi, Kak Eda, Daniel Hakim, Celine, Daniel Lau, Ridhuan ada. suruh aku lari lekaih. haha. then depa sua roti dgn botol air. aku amek botol air ja. (pk logik la, sapa nak amik roti masa lari? haiya!)

then aku terus pecut menuju ke arah cikgu Mazida & cikgu Bahiyah untuk amik nombor. aku tak pandang dah aih nombor tu, dok penat gila tadak tahap. sampai meja nak tulis nama and all that tu, aku hampir2 terpeleot sebab kaki aku pedih gila. takyah nak habaq la nama aku, kak Azreen kenai aih. then aku pon jalan2 sikit, satg stamina turun, sia2 ja aku lari 5km.

then sembang2 dgn dpa, baru aku tau. first-fourth place, budak olahraga. peh, derek ah! haha. gila menyampah. haha malu siot kalah dekat budak f2. takpa la, redha saja. dapat 6th place macam last year. betul2 belakang Dai Xina. top four tu ganti dengan Anis & 3 org budak f3 last year ja. so tadak beza pun. haha redha saja.

then tunggu dalam dewan, aku pon amik kesempatan buat gila. haha baring saja. then lama2 budak2 kelas aku pun sampai. so kami berlonggok dekat situ. hehe, kami ja kelas yang buat bulatan besar2. kelas lain tadak. nampak Unity among us all :DDD then aku keluar, carik cikgu sharul. tadak -.-" then nampak Mamat, and nampak 60D dia, heee bodek2, dapat gakk. pinjam for 5 mins.

after that dpa panggil pemenang2, so yeah. then baru nampak cikgu Sharul. hehe buat macam kamera sendiri saja. memang best gila. then penyampaian pingat. aku naik pentas ja, agak ramai dok 'wooo'. haha aku dengar suara2 budak kelas aku. thanks guys! sayang mpa semua! hehe :D love muchie muchie. after that tunggu kejap, then dapat balik kamera dari cikgu Sharul. teehee.

after that cikgu sharul mintak balik kamera. so aku takluk kamera cikgu Laili plak. hehe baik tak anak murid cikgu-cikgu nih? hehe. tunggu nanti saya dapat kamera sendiri, tak kacau dah kamera cikguu. ala, this year ja nak 'bermanja' dengan cikguuu. tahun depan satg cikgu rindu saya baru tau :P

okay then sesi bergambar dgn Wany Comell, baru gerak amik beg. then syok sendiri jap, baru la pass kamera tu dkt cikgu Nazrie utk dia pass dkt cikgu Laili. then aku pun amik basikal, tunggu lampu isyarat merah, baru aku gerak. mpa tau2 sgt la aku naik basikal cemana. sep2 rempit. haha orang len rempit naik motor. aku tak men ah motor2, basikal la weyh. baru kaki kuat. hehe. dah lah ramai dkt bus stop tu, buat malu ja. haha.

so overall, this morning was kinda awesome. gambar belum diupload oleh cikgu-cikgu tersayang. nanti dah baru saya upload ya! haha. today kiddo saya dah sampai rumah. fuh, we need to catch up on alot of things, ae. that'll be it. nanti2 lak online. tak sedaq dah pukui 11 malam 0.o nak buat latihan for maths. tmrw quiz! haha kecut perut akuh.

take care. assalamualaikum.


Aina Shobri,
PB005K001 :)
Hidup Mulia, Mati Syahid.

No comments: