Saturday, February 5, 2011

Class Trip 2011 - A Year To Remember

assalamualaikum everyone.

post ni aku tujukan dekat bebudak kelas aku. hari jumaat haritu, kita ada buat meeting kan? (peh, meetinglah sangat. semua kalut nak balik. jumpah 5 minit ja. haha okay diam -.-") andd aku ada mention pasal lawatan kan? ada pihak suruh aku usulkan dekat sini je. okayy. here goes.

Agenda Mesyuarat Kelas (kononnya):
1. Usulkan cadangan kepada pihak pentadbiran sekolah untuk menjalankan lawatan kelas ke Kuala Lumpur pada hujung bulan Oktober atau pada awal bulan November. Lawatan ini adalah sebahagian daripada aktiviti selepas PMR kelas 3 Amanah 2011.
1.1 Kami mengehadkan tempat kepada para pelajar hanya untuk pelajar kelas 3 Amanah sahaja. Ini kerana kami ingin berpegang kepada tema kelas kami iaitu "A Year to Remember".
1.2 Setiausaha kelas kami sendiri akan menyediakan kertas kerja serta segala hal surat-menyurat yang berkaitan manakala bendahari kelas pula akan bertanggungjawab dalam mengutip yuran bulanan sebanyak RM10 seorang untuk lawatan ini.
1.3 Kami juga ingin meminta bantuan kewangan dari pihak sekolah untuk menampung perbelanjaan lawatan kami.
2. Tempat-tempat yang akan dilawati:
2.1 Petrosains
2.2 Menara Kuala Lumpur
2.3 iCity (pada malam kedua lawatan)
2.4 Pusat Membeli-belah
2.4.1 Pavilion
2.4.1 Mid Valley
2.5 Sekolah Berasrama Penuh
2.5.1 Kami akan melawat sebuah sekolah berasrama penuh semasa dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur pada hari pertama lawatan. (masih perlu bincang dgn cikgu & korg nak pegi sekolah manaa)

-bersambung-

agenda lain2 perlu bincang dgn korg lagi. so hari isnin ni kita buat perjumpaan lepas amali solat yeah? dekat kantin pon takpa. sat ja. nak konfem mpa semua mau atau dak menda ni. kalau takmau aku takyah struggle nak buat kertas kerja semuaa. aite?

A YEAR TO REMEMBER :D


-Aina Shobri

No comments: