Friday, December 3, 2010

I heart Silat [part II]


salam alaik.

ni sambungan kpd I heart Silat [part I] yg tlah aku post beberapa hari yg lalu.. haritu tk sempat nak post apa2 except the fact that i really do love Silat :) kenapa ye? sejak beberapa bulan yang lalu, Silat tlah memberi impak yang sgt besar dlm hidup aku. perjalanan Silat aku bermula lebih kurg ginih:
  • masa aku umur 6 tahun, aku join Silat Pusaka Gayong di gelanggang Masjid Al-Huda, Sungai Ara. masa tu aku taktau pa pun. haha, pakat join ja. partner in crime aku masa tuh, cik Alya Nabilah. siapa lagi kalau bukan angah sayee :) masa tu, gelanggang masjid masih under Cikgu Rusli.. partner kakak pulak time tuh, kak Syu; anak kpd cikgu Rusli.
  • semakin lama turun gelanggang, semakin tu aku minat. masa tu, abang Ikram & abang Zizy masih student under Cikgu Rusli jugak. masa tu dpa sama bengkung dgn kakak, klw tak silap. masa tu, aku masih tk pakai tudung. yelah, baru umur 6 kan. kebetulan pulak aku suka rambut pendek..*cerita akan bersambung*
  • masa ni jugak, aku berjaya mendapat bengkung awan putih, cula 3. alhamdulillah :) masa darjah 2, terpaksa berhenti sebab partner in crime aku dah tak minat and aku tadak partner untuk teruskan. so takpalah, stop je. sambung dgn taekwondo dkat sekolah rendah.
  • KILUUB di SK Penaga : 2004

    sedih tak cerita aku? hurh. ehh tunggu, perjuangan aku tak berhenti di situ ! ada lagi sambungannya :)
  • lepas sekolah rendah, mesti sambung belajar di sekolah menengah. betul tak? well, oleh sebab result UPSR aku tk memuaskan, aku t'pksa masuk SMK Sungai Ara walaupun dpt offer utk ke SMK Abdullah Munshi. nk bt macam mana, 1) tadak transport utk ulangalik. 2) my father doesnt allow me to be in a boarding school yet. 3) bpk aku ckp AM sama ja dgn Sg Ara sbb dlu bpk aku sndri skolah tu :P so tapa la, pi saja SMK Sg Ara sbb dkat dgn rumah. maleh nk p joh2.
  • masa nak pilih nak masuk unit beruniform apa, mula2 aku gegeh pilih Kadet Bersatu. haha, gegeh noh? pehtu mak aku suroh tukaq. aku pon tukaq p KRS sbb dah ada uniform. tp malangnya aku tk tgok smpai abeh list unit beruniform yg wujud dkt sekolah tu .__. dalam bulan Mac, Lyana ada ckp dgn aku pasal demo hari sukan. aku pon tertanya2 la, apa kejadahnya demo hari sukan tu? almaklumlah, aku masih budak mentah. hahaha. then dia ajak turun pi training petang esok tuh, aku pun dgn smangatnya bawak la t-shirt extra utk salin baju..
  • dengan muka tak malunya, aku ikut saja pi training. sekali tengok macam kenai ja abang yang mengajaq tuh. dua orang plak tuh. aku pn dengan muka tk malu introduce diri aku. hahaa, aleh2 salah sorg drpd abang tuh tnya, "anak ustazah ar??" aku pn angguk ja dgn tk malu. pehtu abg tuh pi dkat abg lg sorg. dpa sembang sikit, pehtu abg lg sorg tu pn terjerit, "ooh! kenai kenai!" aku pn terkejut jgak. dpa sengih ja kt aku. time tuh mmg xtau pa, serius.
  • lepas demo tuh, aku smakin rajin utk aktif semula dlm Silat. aku rajin turun gelanggang masjid dh. aku pn rajin turun gelanggang sekolah setiap rabu petang & pagi sabtu. haha, tak sedaq diri sekolah ptg time tuh. then masa bulan 6, dah dekat pertandingan. masa tu kami smakin rapat and aku baru kenai abang2 tuh. sorg nama Abg Zizy, sorg lagi Abg Ikram. best gila sembang dgn dpa :)
  • lama-lama, rahsia msa aku dulu kecik2 terbongkar. puih, dari situ la semua ahli silat sekolah tau masa dulu kecik kecik aku rambut pendek bentuk macam satu jenis buah ni .___. *ni adalah sambungn dr crita kt atas* sadis kan?
  • masuk tahun ni, aku dah aktif sepenuhnya. dah mula berjinak dengan demo-demo. dah mula berjinak dgn aktiviti yang lasak. dah mula berjinak dgn Skuad Lanun under Raja Lanun kami, Abang Ikram. haha, mqapu sungguh. skrg, ahli silat sekolah yg rajin turun glggng dn aktif, digelar Skuad Junior. bangga tau? *terharu


KILUUB di Masjid Al-Rizwan di Nyior Sebatang : 2010


lebih kurg gituh lah jalan cerita aku dlm bidang Silat nih. dn skrg aku masih bergiat aktif dalam bidang Silat. ahli Skuad Junior a.k.a Skuad Lanun nih dah jadi macam ahli keluarga aku. kami segayong, sekendi, seperigi, sedarah, sedaging, seminum, sehidup, semati dn segala se- lah! hehe.

aku semakin lama semakin sayang kpd Silat. krn Silat lah aku smakin tabah. krn Silat lah aku smakin kuat. krn Silat lah, i am what i am now. i am a fighter. i don't quit when life gets hard. Silat mengajar aku erti kehidupan. sakit yang kami rasai smasa dalam gelanggang hnya sementara. segala sepak terajang kami terima dgn hati yang terbuka. knp? krn kami jadikan ia sbgai pedoman dn pengajaran. begitulah jua dlm kehidupan. ujian dan dugaan yg mendatang hnya sementara. kita perlu terima dgn hati yang terbuka dn jadikan ia sbgai pedoman hidup. ada persamaan, bukan? (puiyoo macam sasterawan lah pulak :P)


Abang Azizy

sekali anak Gayong, SELAMANYA anak Gayong! insyaAllah, kali ni aku takkan berpisah lg dgn Gayong. biarlah ada yang kata aku ni terlalu taksub dgn Silat. mereka tak tahu.. bhawa Silat skrg, menjadi sebahagian drpd hidup aku. silap! Silat skrg, menjadi hidup aku :)


Abang Ikram a.k.a Raja Lanun :)


dalam usaha mengekalkan diri aku aktif dalam Silat, aku akan cuba carik sbp/mrsm yg mempunyai gelanggang Silat Pusaka Gayong. tk kiralah, Silat apa pun. asalkan Silat. kalau boleh, aku nak belajar semua Silat yg ada di ats muka bumi ni. biar bertmbah ilmu aku. menuntut ilmu itu wajib, bukan? hehehehe.. setakat ni, belum aku dengar SBP yg m'punyai gelanggang Silat. Taekwondo dan Karate adalah. tapi, jiwa aku tetap kpd Silat. MRSM byklah Silat. insyaAllah, klw dh takde pilihan lain, akan aku pilih MRSM shj.

spt aku janjikan kpd ahli keluarga Lanun aku (pewitt), aku akn sentiasa dkt dgn Silat tak kira dimana aku berada. dn amanah yg Abang Ikram berikan kpd kami, akan aku jaga elok elok. gelanggang Sungai Ara akan maju suatu hari nanti. tunggu dan lihat. kami cuba sedikit demi sedikit utk menaikkan nama gelanggang ni dgn m'buat demo. bila org tny, skuad mana? "Skuad Sungai Ara" jwapannya. wahh, bangganya :)

setakat ni jelah coretan aku pd pagi ni. nantikan I heart Silat [part III] ya ! :)



Selamanya Anak Gayong,
AinaShobri.

No comments: