Friday, December 24, 2010

ada orang tanya saya..


assalamualaikum, semua :D


ni short post (kot). td bukak facebook. ada orang tanya,

"...weh! tanya sikit nih. apa rahsia orang berjaya arh?"
aku pun terkejut. aku balas lah,
"aku belum berjaya, knp tanya aku?"

dia pun jawab,
"..walaupun kau belum berjaya dalam pelajaran, aku nampak kau ni ade ciri-ciri pelajar cemerlang.. macam pelajar sekolah SBP.. tapi macam mana kau boleh sesat dalam sekolah sungai ara tu?? kementerian silap bagi offer kut.. kau patut dapat SSP ke, TKC ke.. tak kisahlah 4A 1B, tapi kementerian patut pertimbangkan peribadi pelajar tu jugak sebelum bagi offer.. ha, jawab soalan aku.. apa rahsia kau?"

aku baca je ayat tu, masa aku terus berair. sebak weh. terharu. but at the same time aku macam tak percaya. er? ciri-ciri pelajar cemerlang? apa ciri-ciri dia? loyar buruk dalam kelas? malas belajar? selalu keluar kelas waktu p&p? apakah? kahkahkah. sungguh, aku takde ciriciri pelajar cemerlang (YET!) but insyaAllah aku akan usahakan. aku mmg malas but aku cuba rajin ya.

just to answer your Q, aku takde rahsia pun. macam aku ckp, aku masih belum berjaya. but thanks sbab buat aku kembang 5 minit tadi. haha bengong ah. ciri-ciri pelajar cemerlang kunon. pandai ye kau buat lawak xD aku cuma ada pembakar semangat dan pendorong kejayaan aku. aha! tak dilupakan kekasih aku jangan jeles. nak tau kekasih aku sapa? hee, kena tunggu lah. malu i. auww :"> [nanti aku buat post pasal kekasih ni ye. nanti tu bila aku tak pasti, but aku cuba ya]

okay back to the Q. ayah aku orang pertama. everyday ayah aku bagi semangat (dalam bentuk leteran, syarahan, bebelan, marah(an?) dan dalam bentuk emel pon ada) i love you ayah. antara kata-kata hikmah ayah aku:
1) matlamat kena jelas.
2) you have to know what you don't know and you have to know what you wanna know.
3) jangan puaskan hati sendiri kalau dalam hati ada satu suara kecik masih tk puas hati.
4) jangan sedapkan hati sendiri demi nak lepaskan diri dari masalah.
5) JANGAN LARI DARI MASALAH.
6) jangan carik masalah.
7) jangan carik alasan.
8) push diri sendiri utk buat benda tu sampai habis. jangan tinggai benda separuh jalan.
9) untuk berjaya, semuanya perlu plan one by one. jangan buat ikut suka hati *and ayah aku suka cakap "buat ikut suka hati bawak balik result macam apa ja lagi" pergh everytime ayah cakap macam tu masuk ke hati duh. tu yang ingt =='

so yeah. maybe kau boleh amek kata-kata hikmah ayah aku nih sbg dorongan kau? er. kalau kau nak lebih2 kau boleh dtg rumah aku dan interview bpk aku sendiri sbb ayah aku orang berjaya. ayah aku pembakar semangat nombor satu. serius cakap tak tipu. aku bertuah ada ayah macam ayah aku. hehe.

terima kasih kerana membaca. kalau rasa nak tanya apa2 boleh tanya di facebook saya. sekian :)


AinaShobri
PMR Candidate 2011
Hidup Mulia Mati Syahid!

No comments: