Tuesday, October 26, 2010

eh awak, luka ni pedih..


salam alaik.

dengan hati yang lara, aku online jugak. hati dah meronta-ronta nak post pasal ni. maaf, janji. saya telah memungkiri awak. tapi insyaAllah saya akan kembali memegang awak lepas saya post ni ye.

pernah tak korang lalui saat bila korang betulbetul mengharapkan orang tu, tapi tengok-tengok orang tu tak suka pun dekat kita. pedih kan, rasanya? kita sayang sangat dekat dia, tapi alih-alih, dia benci kita. dia menyampah dekat kita. luka yang dia tinggalkan tu, dalam sangat.. jangan salah faham, ini bukan kisah cinta monyet. ini kisah dua orang sahabat. nak dengar tak cerita ni? ha, betulkan kedudukan awak tuu, baca elok-elok tau?

ini kisah benar, dan orang tu masih pedih dengan apa yang berlaku.. bila dah baca, tinggalka komen ye (;



Fia dan Nad *nama sebenar dirahsiakan* dua orang ni kawan rapat. sahabat terbaik lah, katakan. sejak tadika lagi dah bersahabat. masuk sekolah rendah pun, masih bersama. sekelas. kemana Fia pergi, kesitu jugak Nad pergi. dimana ada Nad, disitu ada Fia. ibarat isi dengan kuku. tak boleh dipisahkan!

berita buruk buat sahabat ini, masuk sahaja darjah dua, mereka berpisah. Nad teresak-esak menangis tidak mahu berpisah dengan Fia. almaklumlah, bersama sejak tadika. bukan sahaja Nad berpindah sekolah, Fia pula berpindah ke Perlis. alangkah hancur lebur dibuatnya. tapi, mereka ada solusi mereka sendiri. mereka bertukar nombor telefon rumah. tiap-tiap minggu bercakap. baru darjah dua tu! wahh (;

semakin meningkat usia, tidak bermaksud mereka tak berhubung. mereka MASIH berhubung. kan saya dah kata, mereka ni ibarat isi dengan kuku! setiap cuti semester, mereka pasti berjumpa. bapa mereka bersahabat lama dahh, itu yang mereka boleh jumpa.

bila sudah masuk ke alam remaja, pasti hormon pun ..... paham-paham sendiri lah ye (; masing-masing ada kehendak sendiri untuk merasai cinta monyet itu. masing-masing ada pasangan masing-masing. namun mereka jugak berpatah hati dan berkongsi air mata kerana lelaki.

sebaik mereka masuk ke tingkatan satu, Fia mendapat tawaran untuk ke Sekolah Berasrama Penuh. berkeceramuk hati Nad dibuatnya. lagi-lagi apabila mendapat tahu sekolah itu terletak nun jauh di Cyberjaya. pilu hati Nad. tak keruan dibuatnya. namun, Fia masih berhubung. mereka mengutus surat.

semasa mereka di tingkatan dua, Fia mulai jarang menghantar surat. Nad risau. apabila ditanya, Fia memberi alasan sibuk. bila disiasat, rupa-rupanya Fia mempunyai seorang sahabat baru. Nad tidak mampu berkata-kata. Fia adalah satu-satunya sahabat Nad. di sekolah, Nad tak ada sahabat walau seorang. semuanya mengkhianatinya.

semasa raya Aidilfitri tahun itu, mereka berbaik. Nad meminta supaya Fia berjanji untuk tidak melakukan perkara itu lagi. mereka kembali seperti biasa. pada 3 Oktober, mereka berjanji untuk berjumpa. Fia bercuti selama 6 hari oleh kerana peperiksaan PMR yang bakal dijalankan di sekolahnya.

Fia datang ke pulau. mereka menghabiskan masa mereka disitu. semasa makan tengahari, mereka bersembang tentang cinta monyet yang mempengaruh Fia. Nad enggan menceritakan kisah pahit yang dilaluinya pada awal tahun itu. apabila Fia menceritakan tentang lelaki yang kononnya dicintai itu, Nad berang. itulah lelaki yang permainkan dia.

apabila diberitahu, Fia enggan menerima hakikat. mereka bergaduh sekali lagi. kali ini kerana lelaki. huh, hanya kerana lelaki, mereka sanggup mempertaruhkan hubungan ukhuwah yang terlah terjalin lebih dari 12 tahun itu. Nad sebak. mereka langsung tidak berhubung selama 3 hari.

pagi 9 Oktober, Nad menerima panggilan telefon oleh kakak kepada Fia. luruh jantung Nad apabila menerima berita itu. Nad seolah-olah hilang akal. kebetulan pula, Nad menghadiri sebuah program yang dianjurkan oleh pihak sekolahnya di masjid. sepanjang program itu, minda Nad tidak lekang dari memikirkan Fia. pilu dan sebak hatinya.

luka akibat pergaduhan mereka tempoh hari membuatkan Nad menyesal. sesal sepenuh hati. tidak dia sangka, itulah kali terakhir mereka akan bersua. entah bagaimana, baru Nad perasan. seorang pelajar juniornya adalah iras-iras Fia. nama pun sudah hampir-hampir sama. Nad mulai mendekati pelajar juniornya itu atas dasar rindu kepada Fia.

pelajar junior itu bernama Edri *nama sebenar dirahsiakan juga* Nad semakin lama semakin rapat dengan Edri. sebelum ini pernah juga mereka bersembang, tapi tak pernah pula serapat ini. akhirnya Nad mengaku tentang punca asal dia rapat dengan Edri. entah bagaimana dia menerima, Nad sendiri tidak pasti. tetapi Nad mensucikan hatinya, dia berkawan dengan Edri dengan ikhlas, kerana dia sendiri tidak mempunyai adik perempuan dan Edri adalah seorang adik yang sangat disayanginya.

pada 17 Oktober, Nad menghadirkan diri ke rumah Fia bagi majlis yang diadakan secara kecil-kecilan di rumah milik bapa Fia di Perlis. sebaik tiba, Nad terus sebak. air matanya jauh melimpah-limpah tanpa henti. masuk sahaja ke dalam rumah, ibu Fia memeluk Nad. ibunya menceritakan semuanya sebelum insiden hitam itu berlaku. ibunya juga menyerahkan jurnal milik Fia kepada Nad. Nad masih pilu dengan apa yang terjadi, dia meletak tepi jurnal itu. sehinggalah sebelum hari peperiksaan akhir tahunnya, dia tergerak hati untuk membaca jurnal itu. jurnal itu milik arwah Fia.

"Nad, Fia kemalangan petang kelmarin." suara kakak Fia masih terngiang-ngiang di telinga Nad. "Nad.. jemput datang ke rumah kami Ahad depan, ada majlis arwah untuk Fia.." luruh jantung Nad pada saat itu.

satu per satu mukasurat jurnal itu dibaca oleh Nad. entri terakhir yang ditulis oleh arwah adalah pada;

6 Oktober, Rabu 12.47 pagi:

Hai jurnal. kami sempat lagi tulis dekat awak malam ni. awak, kita rindu sangat dengan Nad. kita nak call dia, tapi dia takde telefon. talian rumah dia dipotong. nak hantar comment dekat Facebook tapi segan. kita nak dia pujuk kita macam dulu-dulu..

kan bagus kalau Nad boleh baca isi hati kami? kami rindu sangat dekat Nad. apa Nad cakap pasal Ash tu betul sangat. Ash tu memang playboy. Nad tangkap dia curang dengan kami. Nad.. Fia mintak maaf, apa Nad cakap tu memang betul.. Fia je taknak mengaku.. Maafkan Fia, Nad.. Fia pun sayang Nad..

jurnal, rasanya ini entri terakhir kami.. lepas ni kami nak balik hostel dah.. jurnal ni kami tinggal dekat rumah jer tahu? kami nak mama pegang jurnal ni. kalau apa-apa berlaku, kami nak mama bagi awak dekat Nad.

Nad.. awak ingat tak kenangan kita masa dulu? walaupun kita baru umur empat belas tahun, tapi rasa macam dah lama kan? kita berkawan sjak tadika lagi.. papa kita dengan ayah awak kawan baik.. macam kita, kan? terharu kami bila dapat tahu awak sanggup pos hadiah dekat kami masa hari jadi kami, 14 April haritu.. kita tahu, birthday kita sama dengan arwah abang awak kan? mesti awak teringat dekat arwah Danish sekarang kan?

Nad.. awak ingat tak masa kita dekat sekolah rendah, kita main hujan? lepastu kita sama-sama demam. tapi awak tak datang sekolah seminggu. kita ingat awak dah takde, kita nangis. tapi hari Isnin tu awak datang, kita seronok sangat nampak awak.

Nad.. awak tahu tak? muka awak macam Naruto. awak suka Naruto kan? samalah kita.. awak comel bila awak senyum, macam ada lesung pipit dekat bawah mata tu.. tapi tak tahulah apa nama dia.. hehe.. patutlah encik Raf awak tu berkenan.. hehe.. awak, maafkan kita tau pasal Ash? kita taktahu, masa tu kita tengah marah dengan adik kita.. awak pulak cakap macam tu pasal orang yang kita sayang.. kita marah la..

Awak cuba untuk pujuk kita kan? tapi kita tetap marahkan awak.. terima kasih sebab sudi bersahabat dengan kita.. kenangan kita tetap terpahat dalam hati kita, tahu? awak ingat tak lagu kita? TAKDIR PENENTU.. kita pernah nyanyi lagu tu malam-malam masa awak tidur dekat rumah kita.. ingat tak? lepastu kena marah dengan papa sebab kacau papa meeting.. hehe.. rindu sangat masa tu.. awak rindu tak?

Nad.. kita jumpa nanti ye? kita tunggu awak kat sini tau? awak jangan lupa untuk jenguk-jengukkan kita dekat sini.. oklah jurnal, kami nak tidur ni.. esok dah nak pergi.. selamat malam.. **** Nad**** binti ***** ******, kami, ****** ******* **fia binti ****** ***** sayang sangat dekat awak! awak jangan lupakan kita tau?

Itulah entri terakhir Fia. sebak di hati Nad sehingga kini tidak terpadam.




ini adalah kisah benar, guys. hargailah sahabat korang sebelum terlambat.. hargailah persahabatan yang terjalin tu krn bukan senang nak jumpa sahabat yang sejati.. ini je.. sekian (;


-Aina Shobri


2 comments:

mr.okey.dokey said...

weh , sedehnya dengaq cita tu :( . siapakah bdak itu weh . nad tu hg kan ?

btw , nama sarah nur sarah afifah bt tajul annuar bukan siti ;)

Aina Shobri said...

adalah.. (; doakan roh DIA tenang tau.. nad tu oranglah.. huuu (;

oke2, sudah diperbetulkan.