Saturday, October 30, 2010

boyfriend/girlfriend, perlu ke?


salam alaik (;

kita bertemu lagii ae. alhamdulilah, aku masih bernafas di atas bumi milik Allah ni.. alhamdulilah jugak, peperiksaan akhir tahun bagi pelajar-pelajar tingkatan satu dan dua di smk sungai ara telahpun berakhir pada petang tadi. beban telahpun diangkat. hehe, tak perlu stay up dahhh. tapi sekarang stay up lagi, tapi bukan untuk study, tapi untuk online ._.

apelaah, dari dulu sampai sekrang tak ubah2. online je keje. okayy thats not the point. pasal online, itu post lain. sekarang ni, topic terhangat: BOYFRIEND/GIRLFRIEND, PERLU KE?

okayy. maybe most of you that is reading right now already has one. sedang asyik bercintan-cintun. dilamun cinta monyet lah katakan.. tapi pernah tak korang berhenti sejenak dan terfikir.. 'perlu ke aku buat macam ni?'

pelbagai persoalan dapat dilontarkan apabila mengungkit isu couple. ya, tidak dinafikan lagi couple itu haram. tidak sesekali akan dihalalkan krn Allah sndri berfirman di dalam al-Quran,

"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk,"
Surah al-Israk, ayat 32


jadi, bila Allah sudah berfirman, ape kite buat? turutkan perintah Allah? ingkar perintah Allah? rasanya, ramai akan mengingkar perintah Allah.. kan? sebab sejak Allah mencipta Nabi Adam, sekumpulan malaikat telahpun bersumpah untuk mengganggu anak, cucu-cicit Adam shingga kiamat kerana kata mereka, mereka lebih hebat dari Nabi Adam yang hanya dicipta dengan tanah manakala mereka dicipta dengan api.

sudahlah Allah firman kita tak dengar, Rasulullah sabda pun kita tak ambil endah. Allah hanya menyuruh kita supaya tidak menghampiri zina.. Rasulullah langsung tidak membenarkan kita melakukan zina, apatah lagi mendekatinya! kepada Pencipta kita, sudahlah kita tak patuhi. kepada insan yang sangat mencintai kita pun kita taknak dengar?

kalau pakwe/makwe/boyfriend/girlfriend/balak/aci & seangkatan dengannya* suruh, agak2 kita buat tak? mesti buat kan? sebab apa? sebab takut si dia merajuk. sebab takut si dia marahkan kita.. pandai betul, pakwe/makwe/boyfriend/girlfriend/balak/aci & seangkatan dengannya* marah dan merajuk kita ambil kisah, Allah murka, Rasulullah menangis, kita tak ambil pusing pulak? tengok, betapa kejamnya kita..

dalam hidup kita, siapa yang paaaaaaaaaaaaaaaaaaaling kita sayang? okey tak mainlah 'sayang'.. siapa yang paaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaling kita CINTA? budak2 zaman sekarang hnya kira CINTA aje. tak main dah sayang2 ni. sayang ni ibarat perkataan yang diucapkan setiap hari tanpa rasa ikhlas langsung.

kadang tu, dekat sekolah, panggil kawan perempuan/lelaki pun boleh panggil panggilan tu. "wei sayang! kau tolong .....", "sayang! aku nak mintak tolong ni!", dan lain2 lagi.. bagaikan perkataan tu tiada maknanya lagi. sekalipun diucapkan dengan ikhlas, orang yang menerimanya tak merasa apa2 pun sebab selalu dah dengar..

jadi, siapa yang paling kita cinta? adakah kita paling cintakan haiwan peliharaan kita? haha jauh sekali. rasanya dah ada kut jawapannya.. mestilah cintakanpakwe/makwe/boyfriend/girlfriend/balak/aci & seangkatan dengannya*! betul tak? haa, aku tahu, mesti betul punyaa. kenapa kita boleh cintakan diaorang, tapi kita susah sangat nak curahkan cinta kita kepada pencipta kita, Allah Maha Esa, juga kekasihnya, Muhammad bin Abdullah?

susah ke nak solat, berselawat dan berzikir tiap-tiap hari? tak banyak masa pun kita luangkan.. paling lama pun 10 minit jer.. 10 minit menghadap pencipta kita.. 10 minit jauh dari nikmat dunia yang sementara.. sebab Nabi Musa tahu, kita pasti sibuk di dunia, itu yang Nabi Musa menyuruh Muhammad merayu kepada Allah supaya dikurangkan waktu solat dari 50 waktu.. bayangkan.. Rasulullah ulang-alik 9 kali menghadap Allah semata-mata demi KITA.. tapi ada ker kita ingat akan Dia? isk isk isk..



siapa pulak yang paaaaaaaaaling kita RINDU pada setiap masa? ada tak korang rindukan ibu & ayah korang? mungkin ada, mungkin takde. kenapa takde? sebab takde mase nak rindu orang yang membesarkan dorang.. terlalu sibuk mengutamakanpakwe/makwe/boyfriend/girlfriend/balak/aci & seangkatan dengannya*.. dorang nih lagi penting.. kan? setiap saat rindu dekat si dia.. setiap saat nak bersama dia.. kenapa ek? asyik-asyik nak je jumpa si dia.. taknak berpisah..

tapi.. ade tak kita rindu dekat Allah? ade tak kira rindu dekat Rasulullah? kalau korang nak tahu kaaaaaan.. masa Rasulullah di ambang maut, Rasulullah ingat dekat sape? cubalah teka.. kalau betul aku bagi ais-krim (; kalau korang nak tau.. Rasulullah ingat kpd umatnya.. siapa umat Rasulullah? siapa lagi kalau bukan KITA. lagi-lagi KITA. walaupun kita tak pernah bersua, Rasulullah masih rindukan kita, masih ingatkan kita smsa dia diambang maut.. kalaulah kita yang nak dekat ajal, ade tak kita ingat dengan Rasulullah dan Allah? rasenye ingat dengan awek je.. takut dia lari, carik yang baru.. isk isk isk..

korang, sekarang korang dah bace hampir 3/4 isi post ni.. korang rase perlu tak berboyfriend/girlfriend ni? datangkan faedah ker? tambahkan pahala ker? ade tak kita tambah pahala masa kita dating, masa kita berjiwang dgn si dia? kalau ada, aku pun nak.. tapi malangnya takde pon. syaitan dan iblis berseronok lagi ada lah tengok anak Adam berjaya dihasut..

kalau berboyfriend/girlfriend ni, rasanya tambah sakit hati je.. iyelah, kalau si dia tu cakap dengan pompuan/laki lain, gerenti korang jeles. kalau korang putus cinta, korang sendiri yang frust menonggeng, tertonggeng dan sbagainya.. takde faedah pun sebenarnya.. ambillah pengajaran dan iktibar atas apa yang aku dah taip dgn panjang dan lebar ini..



jauhi zina, kuatkan iman, teguhkan taqwa, tingkatkan mutu ibadah kita.. haa, pernah tak dengar lagu Anak Soleh oleh UNIC? kalau takpernah, sila pergi dengar sekarang. kalau pernah, hayatilah lirik ini.. *lirik yang dicopy adalah sebahagian je.. nak full pegi carik sndri..*

Hormat pada yang tua
Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah
Dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Di dalam kehidupan penuh pancaroba

Tiada cinta di hatinya
Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu
Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang
Hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman
Sentiasa dikasihi
Itulah di antara sifat anak-anak yang soleh

insyaAllah, Allah bukak pintu hati kita semua yaa. yang baik itu daripada Allah, yang buruk itu dari aku sendiri. andai ada yang terasa dan terguris hati, ampunkan aku. ini semua hanya buat pengajaran dan iktibar dalam hidop.. aku bukan ustazah, jadi ini adalah nasihat buat diri aku jugak.. aku jugak tak sempurna, janganlah pkir hny krn aku anak ustazah, aku boleh jadi sebaik ibu aku.. tidak.. jauh sekali aku dengan gelaran ustazah.. sungguh tak layak.. tapi insyaAllah akan aku lakukan yg terbaik utk membaiki diri aku sendiri..



-Aina Shobri

No comments: