Saturday, October 16, 2010

2 Amanah 2010



nampak gambar diatas? ini adalah crew-crew 2 AMANAH, SMKSA 2010. masing-masing ada kerenah tersendiri. ada yang kacak, ada yang cantik, ada yang comel, ada yang tinggi, ada yang rendah, ada yang keding, ada yang besar xD ada jugak yang panas baran, penyabar, warak dan tak berapa nak warak. haha.

kami ibarat keluarga. tapi bila ada ahli baru masuk, keluarga ni macam dah berpecah ke haluan masing-masing. sedih. dulu kami rapat, jarang bergaduh. bila masuk ahli baru, selalu bergaduh. mula dari situ lah kelas ni dilabel kelas malas & teruk. kiciwa e'den ;\

tapi takpa, kami masih bersemangat dan kami terima ahli baru tu dengan hati yang separuh terbuka. hehe. namun begitu, kami masih dilabel kelas teruk oleh cikgu-cikgu. puncanya bukan semua ahli 2A, tapi 4,5 ahlinya menjadi penyebab kami semua kena ;( sedih.

over the years, kami banyak belajar erti setia kawan. memang, aku akui sendiri aku dah belajar dari kesilapan dahulu. we cannot trust one too much. nanti dapat kawan yang kianat, puas hati kan? but yeah, i forgive them as i tell myself that we are all humans. humans make mistakes and nobody's perfect. we just have to live with that.

bergaduh, bergelak tawa, bergurau senda dah menjadi rutin harian kami di 2A. untuk berkumpul beramai-ramai dan bersembang amatlah susah tapi pernah juga sekali-sekala. ada pulak yang dah melencong dari jalan yang lurus, yang itu kami biarkan aje. puas kami nasihat, masih degil, apa boleh buat. we've done what we had to, so it's their duty to accept or let it be.

peperiksaan akhir tahun menjadi titik penentuan di kelas mana kami akan ditempatkan pada tahun hadapan. amat aku harapkan semua ahli 2A tahun ini akan masih berada di 3A tahun hadapan. kelas AMANAH akan kami pegang sehingga 2013, insyaAllah ;) tapi kalau ada yang dah pindah lepas PMR, you will always be a part of 'The Amanah Legacy'.

semoga semua ahli 2A lulus dan mendapat keputusan yang cemerlang. usaha, usaha, usaha. berdoa dan kemudian bertawakal kpd Allah bg yang Islam ;) Allah sentiasa membantu hambaNya yang mencara pertolonganNya.. 8A di dalam genggaman ! Amin..



tulus ikhlas,
Aina Nadhirah Ahmad Shobri.
Ahli Kelas 2 Amanah SMK Sungai Ara 2010.


2 comments:

hrusli61 said...

Salam. Semoga diberkati.
Cikgu bangga tengok blog Aina ini cantik dan simple. Diharap Aina dapat terus menulis lagi.

Semoga Aina beroleh kejayaan cemerlang dan hidup dan ahkirat.

Aina Shobri said...

Salam. Jazakallah, cikgu ;D