Tuesday, September 7, 2010

sebelum balik kampung


salam alaik ;)

sebelum balik kampung esok, aku nak post jugak satu post brkaitan dengan balik kampung and raya. but yeah, aku nak tany but. pasaipa la kan.. orang kalot nak wish raya sedangkan raya tu belum tiba lagi? *in my case, aku takboleh on bila balik kampung* pasepa aah? excited terlebih kaa? adeh.

aku taksuka sebab ramadhan nak abeh dah tapi at the same time aku seronok sebab raya nak tiba dah. tapi layak ke aku untuk sambut aidilfitri ni? yalah, prestasi tak memuaskan langsung. dah nak habis puasa baru aku nak buat amal ibadat. apa la hang ni aina -_- (jangan gelak, aku tak buat lawak)

semua dah buat persediaan raya? amboih lajunya.. taulah raya dijangkakan hari khamis tapi aku tak rasa raya hari khamis. haha percayalah cakap aina, aina betoi punya (kalau tak betoi jangan tabuh aku) persediaan raya ampa cemana? tukaq langsir dah? carpet tukaq dah? sofa cemana? kuih raya cukup dah bakaq? haaa aku? hohoho~ seperti tetiap tahun, balik kampung daa. kat rumah semua dah settle. lantai dan dinding dah tukaq. hoho! (sapa rasa nak mai raya rumah aku, jangan terkejut bila masuk rumah! ni hotel limapuloh bintang versi rumah)

tapi, bila buat persediaan raya, mesti semua pasang lagu raya? tak habehhabeh lagu raya. kankan? (ish tak sedaq diri hang dok dengaq lagu raya ja memanjang..) tu la, lagu Suasana Hari Raya la, Air Mata Syawal la, Balik Kampung la, semuasemua pon boleh. kankan? sampailah adik aku pon bising bila aku pasang lagu raya kuatkuat. hadapilah kenyataan bahawa kakak hang ni dok semangat raya! bluek! (haha aina dah gila)

yeah, sejak dua menjak tiga menjak nih, aku dah buang tebiat. ish ish ish. tatau pasepa. pasepa ah? grrr. pasai raya kut? harini dah selasa. esok dah rabu. esok balik kampung duh :D esok jugak yang len balek. yang len: maklong & acik. wuwuwu :D

okayy aku sendiri taktau apa motif post nih. erh buang tebiat sungguh dah ni. err nak taip paa g? okeh in my case, aku balik kampung takleh online. so aku nak ucap awalawal;



Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

apaapapon, aku nak mintak maaf kalau ada terkasar bahasa, terpukul takpasaipasai, tertengking tibatiba, terherdik taktentu pasal, terpukui kat manamana sampai lembam ke apa, sorry yea. yep, aina nadhirah tak perfect. jadi aina nadhirah selalu buat salah dan selalu buat orang sakit hati. sorry ;( itulah tujuan kita sambut Aidilfitri kan?

okeh, itu je kut. i'm editing a picturee. satgi post kat facebook ;) sekian, terima kasih dan selamat memandu kepada sesiapa yang akan naik basikal/motorsikal/kereta/bas/lori untuk balik ke kampung halaman mereka.

oh ya! jangan main mercun! (tak sedaq diri akan men jugak malam raya t) nanti luka kan susah. dahlah bebudak darjah 6 nak amek exam lepas raya nanti. hoho. kesian :P aku next year sudeh. okeh dah, aku dok merapu. lepas balik kampung pulok aku post lagi ya. tapi kalau kat kampung ada wifi, aku on kot. hahaha :P

hoooyeah. 15hb nih, raya ke-6 kami buat openhouse kut. silalah datang kalau tak malu. haha dak aih, silalah datang jika diundang. hahahaha (ngok ngek aa aina) but seriously, kalau dijemput tu, pleasee ar mai. sangatlah mengharapkan kehadiran anda ;\

okeh selamat menyambut aidilfitri yang bakal menjelang.

wassalam,
Aina Nadhirah Ahmad Shobri.

No comments: