Monday, September 27, 2010

hidup baru tanpa masalah, boleh ke?


aku idamkan hidup yang tenang. aku idamkan hidup tanpa gangguan. aku idamkan hidup bersama orang yang aku sayang. tapi sayangnya.. setiap insan pasti akan melalui dugaan dan cabaran hidup. bagi aku, mungkin aku terlalu lemah untuk menempuhi dugaan ini.

dalam memikirkan dugaan ini, tiba-tiba fikiran aku melayang ke dosa-dosa yang silam. dosa-dosa yang acap kali aku lakukan setiap kali aku membuka laptop. tapi itu dulu, kenapa masih aku kenangkan? kenapa aku masih rasa bersalah kepada orang yang aku pernah sakiti? kenapa aku terasa, orang itu membenci aku sepenuh hatinya? aduh.. sungguh, aku tidak mahu kembali ke lembah maksiat itu lagi.

aku cuba meminta maaf. gayanya iya-iya aje memaafkan aku. tapi bila aku menghantar sms, tak pula dibalas. hanya panggilan telefon shj yang dijawab. itupun acuh tak acuh aje menjawab. aku tahu, dosa aku kpdnya sangat besar, namun aku cuba memperbaiki diri aku setiap detik aku bernafas di muka bumi ini. entahlah, terdetik dihatiku untuk meminta maaf sekali lagi, tapi takut pula dia rimas.

satu berlalu, lain pula yang datang. oleh kerana terlalu kusut dan geram memikirkan hal itu, geram aku terlepas di orang yang tak sepatutnya. emo terlebih bak kata sahabat aku. sensitif itu sudah sebati dalam darah anak dara. itulah aku. tapi entah kenapa, sejak kebelakangan ni, aku m'jadi terlebih sensitif pulak. ampun dan maaf aku pinta dari orang itu. yea, you know who you are.

HIDUP BARU TANPA MASALAH

ya Allah, kau berikanlah ketenangan jiwa kepadaku juga kepada ahli keluargaku.
ya Allah, kau jauhilah gangguang iblis dan syaitan dari keluargaku.
ya Allah, kau tabahkanlah hatiku untuk menempuhi hari-hariku.

ingin aku lalui hari-hariku tanpa masalah. tapi, bila difikirkan semula, hidup siapa tiada masalah? mungkin, aku terlalu bencikan masalah ini. yea, aku sangat benci. nah, apa boleh aku buat? aku hanya anak. pergi, pergilah jauh. pergilah jauh wahai masalah. sungguh, aku bencikan kau. alangkah bagus jika kau tak datang semula? kau pergi hanya sementara, namun apabila kau kembali, langitku kembali mendung. ahh, aku benci!

kau tak sayang aku. kau tak peduli pun. nahh, terang-terang kau sdg berpura. apa kau ingat aku bodoh? taktik kau langsung tak berkesan. aku boleh membezakan yang haq dan yang batil. jadi aku dapat bau taktik kotor kau lagi.

aku poyo? apa aku peduli? aku pakai bahasa baku? apa aku peduli? aku hanya budak hingusan bagi kau? apa aku peduli? air yang tenang jangan disangka tiada buaya. orang yang pendiam jangan disangka otaknya tak bergeliga.

ahh, aku dah lari dari topik. apa yang aku mahu hanyalah hidup yang tenang tanpa kau. hidup aku bersama dan tanpa kau adalah sama bagi aku. kau hanyalah satu siksaan kepada hidupku. nyah kau dari sini! aku hanya perlukan keluarga dan sahabat-sahabat sejatiku. kalau beginilah sikap kau, aku tak perlukan kau langsung.



-Aina Shobri


No comments: