Thursday, September 2, 2010

Aku Jiwa Palestina


bunyi kuat dari luar bilik membuatkan aku terjaga dari tidur. Aku melihat sekeliling. Gelap. bilik itu penuh dengan anak kecil yang sedang lena diulit mimpi. Aku ke balkoni. Keadaan yang sunyi sepi membuatkan aku tenteram. masih gelap diluar. aku kira, masih malam. aku memandang ke langit. angin meniup sayu. aku tersenyum namun tiba-tiba sesuatu mengalir dipipiku. sebutir air mata tumpah ke lantai balkoni.

aku sedih kerana sebaik matahari terbit, aku tidak lagi akan bersahur bersama anak-anak kecil ini. aku sedih kerana, aku tidak lagi akan merasai keberkatan pada bulan Ramadhan di tanah Palestin ini. namun perjuanganku disini masih perlu diteruskan. aku lihat jam di dinding. 6 pagi. aku mengejutkan anak-anak kecil yang berada bersamaku untuk sama-sama menunaikan solat Subuh berjemaah.

baru sahaja kami mengaminkan doa, pintu bilik bersaiz kecil itu diketuk kuat. jiwaku bergetar. kecut perut dibuatnya. pintu itu terus ditendang. pintu yang diperbuat daripada kayu itu terus pecah. aku mencapai tangan anak-anak kecil itu dan cuba melindungi mereka. kalimah Allah tidak lekang dari bibirku.

"keluar cepat! tentera Israel dah sampai!!" jerit lelaki bertubuh besar itu dalam bahasa arab. aku trus berdiri dan mencapai anak-anak kecil itu bersamaku. kami berlari anak menuruni tangga yang kecil di dalam apartment serba tidak lengkap itu. masing-masing menyarungkan selipar yang dibawa oleh kumpulan penyelamat dari Malaysia. aku membantu mereka sambil menunggu kelibatan Tuan Hashim, ketua konvoi kami. tiba-tiba Puan Latifah terus menerjah keluar dalam keadaan gelabah. dia menarik lenganku dan berbisik.

"tentera zionis tu dah dekat.. bawa mereka ke terowong dan terus ke Mesir, jangan pandang belakang.." Puan Latifah berbisik. aku dapat menangkap sedikit getaran didalam suaranya. Aku memandang matanya. anak matanya seolah-olah sedang memberitahu sesuatu kepadaku. Aku cuba membaca matanya tetapi tidak mampu.

belum sempat aku berkata apa-apa, Puan Latifah memelukku erat. Air mata mengalir. "jaga diri baik-baik, selamat hari raya.." Puan Latifah masih memeluk erat. Tiba-tiba kedengaran bunyi tembakan da jeritan tidak jauh dari tempat kami. Puan Latifah terus menguraikan pelukan. Dia memandang sekeliling dan terus naik semula ke atas. Aku menyeka air mata dan terus membawa anak-anak itu menuju ke terowong yang menghubungkan Palestin dan Mesir.

sambil berjalan, aku berhati-hati melihat sekeliling. takut-takut tentera Israel menangkap kami. di dalam kumpulan kami, ada juga pemimpin baniin iaitu abang Azhar, dari KRJ. Dia berjalan dihadapan manakala aku memimpin dari belakang. kami berjalan itik mengelilingi banggunan demi bangunan, blok demi blok.

aku ternampak kubah masjid tidak jauh dari tempat kami. aku memasang telinga. tiba-tiba kedengaran suara merdu melaungkan takbir.

"Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar.. La'ilaha ilallahu wallahu akbar..." takbir raya dilaungkan. Sebak terasa dihati, tidak dapat aku menyambut aidilfitri bersama keluarga yang kucinta. namun aku tabah kerana aku sedang berjihad dan membantu umatku.

kami terus berjalan. tiba-tiba perjalanan kami terhenti. Abang Azhar berhenti dan menyuruh aku melindungi anak-anak kecil itu. Aku menyuruh mereka mengucap dan terus menutup mereka. abang Azhar menyuruh kami berada di dalam keadaan yang senyap. tiada suara keluar dari mulut masing-masing. aku tidak berani mengangkat kepala namun aku memberanikan diri untuk melihat situasi yang sebenar.

aku lihat, abang Azhar sedang mengintip disebalik bangunan disebelah kami. aku memanjangkan leher dan mencuri pandang. tentera Israel sedang membuat rondaan. senjata yang mereka bawa adalah serba canggih. seram sejuk aku dibuatnya. sepanjang 2 minggu aku berada di sini, belum pernah aku berada berdekatan dengan tentera zionis itu. aku terus menutup kepala aku bersama anak-anak kecil itu.

kalimah Allah tidak lekang dari bibir kami. Abang Azhar menggenggam erat tangan anak kecil yang paling berani di antara kami semua, Abu Bakar. Anak kecil itu sangat berani dalam berjihad walaupun hanya berumur 9 tahun. tiba-tiba semuanya menjadi sepi. entah bagaimana, salah seorang daripada anak kecil itu bersin. aku panik. aku cuba untuk melindungi mereka lagi. kedengaran suara tentera Israel sedang bercakap sesama sendiri. bunyi tapak boot mereka semakin lama semakin kuat. getaran dihati aku semakin kuat.

"here they are!" jerit satu suara. Abang Azhar terus berdiri.

"bawa mereka berlindung!!" arah Abang Azhar sambil menarik tangan anak-anak baniin. Abang Azhar berlari ke arah bertentangan manakala aku pula ke arah lain. aku bersama anak-anak banaat. belum sempat aku berlindung, dua orang tentera datang dari arah hadapan bersama senjata mereka. peluru dilepaskan. kelima-lima anak kecil ditanganku rebah. darah mengalir laju. aku terus berlari tanpa memandang belakang.

tiba-tiba satu tembakan dilepaskan. aku rebah. betis aku ditembak. aku terduduk di penjuru bangunan. darah mengalir laju. hanya kalimah Allah yang aku ucap. dua orang tentera yang mengejarku berdiri dihadapanku. aku menundukkan kepala.

"Israel bangsat! Allahu akbar!!" jerit satu suara. Seperti aku kenal suara itu. AKu mengangkat kepala. Abang Azhar berada tidak jauh dari kami. Disisinya adalah Abu Bakar seorang. AKu menitiskan air mata lagi. Anak-anak kecil yang tidak bersalah dibunuh dengan kejam. Tentera Israel tadi terus mengejar Abang Azhar. Abang Azhar melepaskan tangan Abu Bakar. Abu Bakar terus memecut lari. Aku nampak dia menuju ke arah sebuah bangunan.

Entah kenapa, Abang Azhar tidak berganjak. Dia berada disitu sambil melempar batu ke arah tentera kejam itu.

"Allahu akbar!!" abang Azhar terus melaung. Namun tentera itu tidak endah. Dari jauh mereka terus menembak abang Azhar tanpa sebarang simpati. AKu mengalirkan airmata lagi. Aku kira, sekarang tiba masa untuk aku. Tentera kejam itu terus memusing dan berjalan ke arahku.

aku kumpulkan kekuatan dalam diri dan aku melaung.

"Allahu akbar! Israel has no humanity! Allahu akbar!"

tentera itu terus mengacukan senjatanya kearahku. Kedua-dua tentera menembak tanpa simpati. suara laungan takbir raya adlah bunyi terakhir yang aku dengar. aku mati seorang syahid. aku cinta Allah. aku cinta Islam.


*ini adlah mimpi aku semalam. lately nih asyik2 mimpi Palestine jaa. erk. petanda apa ek?

No comments: